Saturday, May 24, 2014

Sesekali jumpa Mazidul Akmal Sidek - Part 2

Kali pertama jumpa Mazidul masa saya jadi cik puan lecturer. Then kali kedua jumpa masa saya dh tukar profession jadi makcik kantin hihi. Dia datang ke restoran kami kat Kota Damansara. 

Orang yg muka mmg kat kaca tv auranya lainkan. Bebudak pekeja saya diorang mmg dah standby je ngan buku autographnya sebab sejak dari hari pertama restoran buka mmg selebiriti ramai keluar masuk restoran. Budak waiter la paling suka rasanya kalo boleh semua bdk pekerja dlm restoran nak jadi budak waiter sbb blh hantar air dan makanan kat artis pujaan boleh sembang-sembang ambik gambar sign autograph.

Mazidul klu datang restoran airnya limau ais kurang manis..dan budak bancuh air saya tu mesti akan pandang-pandang saya sebab 1st time Mazidul minum limau ais saya buat dia terus cakap sedap kaww katanya  haha riak jap. Actually mak nerbes jugak kot bkn taste dia kan. Nasib la Norman Hakim, Redzuan Hashim , Yassin (penyanyi Mimpi laila bukan Yassin Senario hehe), Azhar Sulaiman, Faizal Hussen, Siti Saleha, Tiz Zakiah (wah saje je kan ) datang akak tak kena bancuh air. Kalau tak maunya I jadi tukang buat air artis pulak haha.

Tapi tu lah beberapa kali dia datang makan saya tgk cam sian pulak kat dia. Kiri kanan org dok tegur nak makan pun tak aman.  Kalau takat tegur gitu je takpe ni ada yg nampak dia dari jauh dah mcm histeria. Saya ingat lagi sekumpulan makcik-makcik bila nampak mazidul langsung tak blh nak kawal diri- eh mazidul ya allah dapat jumpa mazidul hari ni. Kecoh kepoh mcm nampak apa je. Pastu terus bertenggek kat tepi meja dia. Aduhai saya yg tgk naik rimas. Tapi mmg itulah harga yg dia perlu bayar sebagai selebriti  mungkin dia dah biasa kot. Cuma saya rasa siapapun dia sebagai manusia biasa mesti dia perlukan privasi.

So tu lah kenangan ceciput berjumpa Mazidul. Sekarang selalu jugak la jumpa - ngintai blog dia je hehe
Post a Comment