Selepas percubaan pertama yang ala-ala successful tu kan kalau nak tau dah 3 kali I kena ulang siaran buat samprit ni hihi. Si kenit tu la dia boleh makan sebalang kecik tu sorang dia je ngap ngap sambil tengok tv kosong dah balang. So 4 kali buat saya alami perbezaan ke atas adunan. Nasib baik rasa tetap alhamdulillah sedap. Just nak kongsi tips ceciput ni mungkin blh jadi panduan berguna dan dapat membantu.
1. Biarkan buttercup mencair pada suhu bilik dalam tempoh yg agak lama. Jangan keluar-keluar dari peti ais dlm keadaan masih keras kita pukul dia.
2. Ayak semua bahan serbuk seperti gula dan tepung.
3. Pilih telur gred A yang besar
4. Kekalkan jenama tepung yang kita guna cari yg ada brand jugak la jgn beli cap ntah apa2 tu cari yg well known skit mmg agak mahal banding cap ayam tu tp hasilnya memuaskan. Sebab kali kedua buat saya guna brand tepung jagung lain bancuhan agak keras wpun saya guna sukatan yg sama. So tipsnya seandai kita tukar brand letak dulu dlm 2 cawan tepung jagung. Kalau agak lembik baru tambah. Kalau tidak adunan keras agak susah nak tekan.
5. Kalau adunan terlajak agak keras hingga susah nak tekan ambil saje Marjerin Planta tambahkan ke atas doh dan uli sebati.
6. Kalaulah sewaktu nak buat tepung jagung kita tak cukup jangan susah hati. Sukatan kita blh ubahsuai dengan tepung kastad. Kali kedua buat tepung jagung saya kurang saya substitute kan dgn tepung kastard jadi je sampritnya hehe
7. Untuk dapatkan bentuk yang cantik paip agak tinggi bunganya sbb bila dh masak kuih ni akan turun sikit melainkan mmg kita nak bentuk kuih kita meleper.
7. Untuk dapatkan bentuk yang cantik paip agak tinggi bunganya sbb bila dh masak kuih ni akan turun sikit melainkan mmg kita nak bentuk kuih kita meleper.
So ni antara tips yg blh saya kongsikan bersama...saya bukan chef bukan pakar cuma nak berkongsi untuk yang baru nak mula
No comments:
Post a Comment