Tuesday, May 27, 2014

Cerita tentang jumpa Anwar Ibrahim pulak

Masa 1st year kat UM saya mmg aktif giler ngan projek-projek yang dianjurkan oleh kolej kediaman. Alasan utama adalah untuk survival saya di universiti. Kalau saya tak aktif potensi utk tidak diterima menginap di kolej kediaman adalah tinggi. Itu bermakna saya harus cari rumah sewa di luar. Nak cari rumah sewa satu hal kosnya pun satu hal dengan kena bayar deposit itu ini lagi. Tau-tau je lah umah kat area Pantai Dalam tu Bukit Angkasa atau Vista Angkasa sewanya mencecah RM600 ke RM1000.

Untuk cover sewa yg mahal terpaksa duduk mcm sardin 1 rumah 10 org biasanya. Makan kena keluar duit sendiri dulu sementara nak tunggu loan masuk. Berbanding duduk kolej kediaman 1 bilik 2 org yg sangat selesa pada saya dgn almari pakaian yang sangat besar (sebahagian drpda almari saya kosong sbb saya takde banyak baju pun masa tu). Makan tak perlu risau sbb berkonsep kan dewan makan. So duit ada sepuluh sen dalam poket pun kita masih boleh makan. Makanya tu lah saya pulun akfifkan diri selain mmg saya minat pun benda-benda cam gitu. Dan masa tu UM menggunakan sistem penggal. 6 bln pertama tu  kami cam ting tong ting tong skit hehe sbb takde exam. So itu lah masa kami pulun ngan projek segala bagai.  6 bulan kedua ambik ko kenalah study tak ingat dunia kawan saya kata nak kencing berak pun kdg tahan sbb takut nak exam punya pasal..result kami base on 100% final kalau fail kena repeat semua paper ulang tahun bukan carry paper mcm U lain..so pepandai la nak idup wahaha.  

Hehe panjang pulak citernya. So saya berpeluang jumpa Dato Seri Anwar Ibrahim masa saya di ajak oleh Naib Presiden Kolej joint projek Alumni UM. Masa tu UM dlm usaha mengumpul pelajar-pelajar lamanya. Memang best sangat sbb ramai VIP top leader kat Msia yang hadir. Perasmi majlisnya of cos la DSAI. Masa tu bebudak 1st year gelaran diberi Red Spot antara tugas Red Spot ialah jeng jeng..sematkan korsaj le kat VIP. Mula-mula saya rasa alah cam lekeh je kena semat korsaj tp bila tau saya kena semat kat DSAI senyum lebar daku. Masa tu tahun 1994- muda belia I time tu you!!

Cuma agak pelik biasanya korsaj mesti kita buat drpd bungakan fresh flowers ke artificial ke tp yg ni saya pun tak tau la sapa punya idea atau permintaan mmg lain dari yg lain. Takde bunga-bunga cantik pun. Saya di beri 1 masking tape dengan marker pen. " Ko tulis nama VIP kita kat situ depan diorang pastu gunting pastu ko tampal kat dada@baju diorang".. tu yg kakak senior pesan. So mlm tu saya pun try le beberapa kali nak tulis cam gini ke cam gitu ke senget ke tegak ke mcm susah beno la kekdahnya haha. Maklum nk berdepan ngan menteri kan.

Di malam kejadian tu meriahla bayangkan yang OTAI berjumpa kawan-kawan masing-masing. Saya dok debar2 ni sblm DSAI sampai tu ramai jugaj VIP yang kami kena tulis dan tempek nama kat baju diorang tu. Kelakar pun ada time nak tekan kat baju diorang masking tape tu. Bila pengumuman dibuat DSAI dah sampai makin debo rasa hati...and tau-tau dia di depan saya. 

"Ni nak buat apa ni..tulis nama ke saya pun boleh tulis sendiri ni "..alamak dlm hati saya kata mati la aku takde dlm skrip aku nak buat apa ni. Memang saya teragak-agak masa tu nak tulis ke tak. Tapi saya selamat bila DSAI tak pause lama sbb ramai yg lambai say hi so saya pun tulis dengan berhati. Selesai tulis saya ngan kawan sorang lagi tu pegang dan gunting. Selesai gunting saya hold side kanan dan kiri masking tape ready nak tempek...TETIBA...zzzettt..sorang kakak senior dengan rakusnya ambik masking tape kat tangan saya dan terus tempek ke dada DSAI. "Ha dah siap..welcome home Dato Sri" saya dengar kakak tu cakap ngan happynya. Aduss ibarat pelamin anganku musnah masa tu. Tapi  ermm ye lah kita ni budak junior je dia dah senior final year pulak tu so kasi je lah can kat dia kan. Apapun saya berpeluang bersemuka dan itu pengalaman berharga bagi saya.

Mungkin ada yg kata apa bezanya dia pun manusia biasa. Yess mmg betul. Cuma sebagai manusia biasa perasan gementar teruja mesti ada dlm diri kitakan. Bagi saya bukan rasa bangga yg  perlu kita ingatkan selepas pertemuan tu. Tapi bagaimana pengalaman berjumpa tokoh-tokoh VIP menteri itu menjadikan diri kita lebih matang bersedia untuk kerjaya kita yang akan datang. Saya kira saya beruntung sepanjang pengajian saya berpeluang bertemu dengan beberapa orang pemimpin dan itu sangat membantu saya di alam pekerjaan. Next entry saya share pertemuan saya dengan beberapa org lagi VIP :))

No comments: