Wednesday, May 28, 2014

Dejavu jumpa YB Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kali pertama jumpa masa saya 2nd year kat UM. Yb datang untuk rasmikan projek yang saya joint. Masa tu saya jd AJK bawah-bawah je - AJK Makan Minum. Tapinya ye lah time dah selesai berucap dan rasmikan majlis mestilah acara makan-makan kan. So masa tu saya ke hulu ke hilir gak la kat depan Yb he..he. Dah kang kalo ada yang terkurang ke takde ke kan susah hihi. Gitu je lah pertemuan pertama. Selesai makan dan ramah mesra duduk semeja ngan kami semua Yb pun balik.

Selepas hampir 15 tahun berlalu masa adik saya kahwin tetiba Yb terpacul kat umah kami. Kecoh sat la kan. Nasib baik saya dah siap prepare beberapa meja bulat yg saya khaskan untuk rombongan lelaki siap berdome gelas kaki n napkin semua tu. So dipersilakan je lah Yb duduk. Again memandangkan table set up setiap kali adik kawin saya jd kepalanya so saya pun ke hulu ke hilir gak la depan Yb nak pastikan semuanya ok. Saya cam perasan Yb tgk-tgk kat saya (haha perasan sungguh saya kan). Mungkin kot Yb kata macam pernah ku lihat budak ni tapi di mana ye he..he..

Dalam kalut-kalut angkat makanan dan serve air semua tu ada sorang makcik kata Yb suka makan masak lemak misua sama telur . Korang tau ke misua tu benda apa. Saya tak tau tempat lain panggil apa. Rupanya bulat cam sanggul tu warna putih. Bila di buat masak lemak putih dia kembang. So diorang pun jam-jam tu la pegi kedai nak membeli misua nya. Dalam hati saya kata bg je lah mana yang ada. Nak masak-masak lagi mana sempat. 

Memang betul pun elok benda siap nak masak Yb pun selesai dan berangkat balik. So itu misua makcik makan je lah ye haha.

No comments: