Wednesday, May 28, 2014

Sipi-sipi melihat DYTM Raja Nazrin Shah

Masa form 1 saya masuk unit beruniform Pandu Puteri. Satu hari cikgu pasukan uniform saya tu panggil saya ngan beberapa org kawan dan kakak senior. Cikgu bagitau dia nak hantar kami ke Padang Teluk Intan untuk menyambut ketibaan DYTM Raja Nazrin Shah. Tak ingat la apa acaranya tp macam sambutan besar-besaran jugak la.

So keja kami senang je pegang bendera kecik tu lambai-lambai masa Raja Nazrin lalu. Kejap je Raja Nazrin lalu tu tapi kita menunggu tu biasa lah kan jenuh haha. Tapi apa yang buat kami surprise sangat semua yg buat keja lambai-lambai tu diberi voucher KFC!!. Masa tu pekan Teluk Intan baru ada KFC. Dan mmg saya tak pernah lagi merasa ayam KFC tu. Kira itu lah kali pertama saya makan KFC. Sedap bangat mmg menjilat jari haha.

Then kali kedua masa saya form 4. Raja Nazrin datang ke sek untuk rasmikan sekolah kami. Masa tu satu sek buzy ngan segala persiapan untuk menyamput Raja Nazrin. Saya ingat lagi kami tolong cikgu jahit langsir dewan makan buat bunga telur dan macam-macam lagilah. Masa hari perasmian tu saya kena jugaklah berkawad dan diperiksa barisan oleh Raja Nazrin. Tahan je lah panas ke lenguh kaki ke sbb semangat nak nengok Raja Nazrin. 

Baginda memang seorang yang sangat berjiwa rakyat. Setelah selasai acara dan sewaktu keberangkatan pulang baginda nampak seorang rakan saya membawa kamera dan bodyguard baginda ketika itu seperti memberi isyarat jangan ambik gambar. Tapi diluar jangkaan baginda terus menunjukkan tanda sedia di ambil gambar sambil memberi beberapa pose menarik. Kawan saya sempat la snap 2-3 keping gambar rasanya. Dan lepas tu kami satu sek menggila order gambar tu kat kawan saya tu.

Kemudian masa di U saya biasalah sentiasa cari lubang utk buat keja-keja part time ni. Selalunya ada je lah rezeki saya. Seorang kakak senior ajak saya jadi researcher untuk Raja Nazrin sebab baginda sedang dlm usaha menyiapkan PHD nya. Kerja kami hari-hari pergi ke Arkib Negara dan dapatkan dokumen fakta-fakta kes untuk kajian PHD baginda. Pada saya itu pengalaman yang sangat berharga. Menyelak dokumen yang berusia ratusan tahun. Kami diberi peringatan agar menyelaknya dengan penuh berhemah takut relai bersepai kertas tu. 

Tidak terhenti di situ yg paling best istiadat konvokesyen saya disempurnakan oleh DYTM Raja Nazrin. Masa tu konvo berlangsung 3 hari dan bertuahnya rasa bila scroll saya tu kena turn Raja Nazrin. Tertunduk sopan sopan saya time tu ngadap Duli tuanku. Gambo konvo kat umah mak di kg nanti lah klu ada masa blh la tayang kat sini hehe


So itu lah antara pengalaman saya featuring DYTM Raja Nazrin Shah..Daulat Tuanku!!! 

Post a Comment