Thursday, October 6, 2016

Bersegeralah melawat orang sakit

Saya baru kehilangan seorang jiran. Berita kematiannya saya dapat ketika  dlm perjalanan bercuti pulang ke kampung. Mmglah diusia usia begini berita tentang kematian bukanlah sesuatu yang asing. Mati itu pasti masih dipanjangkan umur itu rezeki. Cuma apa yg nak dikongsi disini perasaan terkilan saya yang teramat saat mendapat berita arwah telah pergi.

Pada yang follow citer2 dlm blog saya mungkin tau saya dan jiran-jiran hubungan kami agak rapat. Banyak aktiviti yang kami kongsi bersama. Arwah mmg tk berapa sihat dan keluar masuk hospital. Tapi mmg saya dan jiran-jiran yang lain kami pasti luangkan masa melawat arwah. Memandangkan saya bekerja sendiri dan blh adjust jadual kerja saya kerap jugak menemani arwah untuk berubat, beli barang atau apa2 urusan arwah yg boleh saya tolong mmg saya tolong. Kalau ada kesempatan saya masakkan makanan yg arwah suka. Pernah jugak arwah tel nak singgah sarapan di rumah saya katanya tp nasi lemak dh siap beli. Dan kebetulan saya pun ada sebungkus nasi lemak saje pg tu. Arwah singgah kami makan bersama dengan makanan sendiri  kelakarkan. Begitulah  hubungan kami. Malah anak kami pun bersunat kendurinya kongsi bersama. Terlalu banyak kenangan. Saat sakit sakitpun dia luangkan masa klu ada aktiviti yg kami buat. Akak datang nk nyebok je akak jadi mandur ye supervisor katanya. Tu ayat dia masa team makan beradap saya bertungkus lumus siapkan hidangan utk kenduri kawin adik jiran saya.  

Saat-saat akhir hayat arwah dimasukkan ke Hospital Selayang. Saya tak pasti bagaimana arwah boleh dimasukkan ke sana. Sebab sblm ni semuanya di hospital Klang. Mgkin atas faktor jarak dan mungkin jugak saya tidak bersungguh mencari masa saya langsung tidak melawat arwah sepanjang arwah berada di hospital Selayang. Sehinggalah arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Perasaaan terkilan mmg terbuku sgt dihati saya. Kenapalah saya tidak berusaha mencari masa melawat. Dan perasaaan terkilan itu semakin bertambah kerana saya tidak dpt melihat arwah buat kali terakhir. Serasanya arwah hilang dr hidup saya sebegitu saja. Sehingga sekarang setelah berbulan-bulan kematian arwah sesalan masih lg terasa dan saya amat merindui arwah. Kadang-kadang bila kami jiran-jiran berkumpul makan-makan saya rs seperti menanti mencari-cari arwah kenapa kak ida tak datang kak ida tk sihat ke..padahal saya tau arwah telah tiada. 

Ingatan untuk diri saya bersegeralah melawat orang sakit. Carilah luangkan masa untuk bertemu mereka. Kita tidak tahu siapa yg bakal pergi dulu. Semoga roh arwah tenang di sana Alfatihah untuk jiranku sahabatku Rohaidah Zainal
 
Post a Comment