Saturday, February 28, 2015

Birthday Anak-anak 2014

Tahun lepas punya citer baru nak tayang haha..bukan apa saja nak abadikan kenangan kat sini. Anak-anak dah makin membesar yang sulung tahun 2015 nak masuk 14 yang no 2 13 tahun dan yg kecik 7 tahun. Tapi sambutan hari jadi mmg saya dan suami masih buat.

Saya buat serentak ketiga-tiga nya sebab lahir selang seminggu di bulan Oct dan Nov. Tapi tarikh buat sambutan mmg tak berkenaan ngan sapa punya bday pun biasa saya tunggu lepas tarikh ketiga-tiganya. Tapi ayah diorang ni dh mcm jd rutin kami pada hari tarikh lahir yg betul tu mesti ada potong kek utk bday masing-masing small family celebration. So 3 kali potong kek pastu kita celebrate ngan buat bday party. Tapi saya pun bkn la ada budget besar sangat. Biasa jemput kawan-kawan diorang jiran-jiran dan adik beradik saya ngan suami je. Kawan-kawan luar semua kami tak jemput sbb klu jemput sorang kena jemput semua kan. Jadi to be fair semua saya dan suami tak jemput.

So tahun ni punya tema cam biasa si kecik saya yang minta kakak dia follow je adiknya tu - nasib la kakak tak kisah. Adik nak Frozen katanya ye lah semua giler frozen kan. Yang anak boy saya nak tema lego so layann je lah.




Kek Lego dan Frozen order dari  SD bakery - tq shidah melayan dan memenuhi kerenah anak-anak makyang 



 

  


Happy bday anak-anak ibu dan ayah. Moga hidup kalian sentiasa dipelihara dan dilindungi Allah S.W.T menjadi anak yang soleh dan solehah berjaya di dunia dan akhirat dipanjangkan umur diberkati dengan rezeki yang halal dikurniakan kesihatan yang baik.



Special thanks utk Cik Awe yang sponsor make up utk farhanis. Bukan takat farhanis abis selorong bdk-bdk 2D berderet beratur sua muka Cik Awe conteng. Suka sangat bdk-bdk cuma saya lak ralat tak ambik gambar farhanis ngan kawan-kawan dia yg Cik Awe make up kan tu huhu.



 

Goodie bag tema frozen - bebarang ni saya beli semua kat GM Plaza mmg murah la org kata mampu milik haha tak caya pegi la sendiri beli. Tu plastik bag tu 10 sen je tau satu tp you all kena beli borong lah ala borongnya tu bkn kena beli byk sangat pun kira mmg ok lah 


Yang ni  cam biasa tumpang sekaki hehe dah mmg pun anniversary kami -moga kasih kita hingga ke syurga

Bday belum selesai adik dah bisik tahun depan bday adik nak buat ....

Post a Comment