Tuesday, March 17, 2015

Tolong la be POSITIVE

Dalam hidup kita suka duka susah senang bahagia derita datang silih berganti. Apa yang terjadi adalah ketentuan-Nya. Siapa kita nak menolak takdir-Nya kan.

Kadang saya perhati mereka yang disekeliling saya yang rapat yang jauh yang saya just kenal melalui FB they are suffering struggling macam-macam ujian hebat melanda hidup. Yet saya kagum bila mereka boleh set and be firm apa yang mereka mahu dalam  hidup. Bukan mudah kerana cabaran pertama adalah diri sendiri. Kalah dengan diri sendiri adalah kekalahan paling besar dalam hidup mereka yang dilanda ujian. Bukan mudah untuk membina kekuatan dalaman. Melainkan Allah hanya yang mengalaminya sahaja yang tau segala-galanya.

Bagi saya saat kita dilanda perkara-perkara yang tidak indah dalam hidup kita sangat perlukan POSITIVE THINKING. Orang-orang disekeliling tolong jangan mengkusutkan keadaan. Tolong jangan memberi komen-komen  sehingga menjatuhkan emosi. Ya mungkin niat kita baik nak membantu tapi bukan semua orang boleh paham dengan keadaan yang sedang mereka lalui. Kita mungkin rasa kita ada idea yang bagus utk masalah mereka tp kita tak tau idea kita tu sesuai ke tak sebab kita tidak berada di tempat mereka. 

So please lah wujudkan aura positif kalau betul kita nak membantu. Doakan dia beri dia masa untuk bangkit. Setiap masalah pasti ada jalan keluar lambat atau cepat. Tidak Allah jadikan sesuatu itu untuk sia-sia sahaja. Be positive okay !!! 



No comments: