Tuesday, March 24, 2015

Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Kalau g Melaka byk tempat boleh melawat. Ingat dulu rombongan sekolah mesti g Melaka sbb nya sangatlah sesuai ngan budak sek yang kena belajar sejarah tu kan. So blh tgk tinggalan kesan sejarah dolu-dolu tu depan mata.

Tapi sekarang Melaka bukan setakat ada tinggalan sejarah je  yang mungkin pada setengah orang tak berapa suka sejarah  rasa dry je. Banyak tarikan baru dibina utk balance kan within fact and fun. Boleh naik bot menyusuri Sungai Melaka boleh naik Duct Tour kenderaan 2 alam darat dan air tu ada jgk water park Melaka Wonderland, A-Famosa Resost yg sangat happening dan yang terbaru  taklah  baru sangatnya Bayou Lagoon Park Resort yang terletak di alamat Jalan Wakaf Utama Bukit Katil Ayer Keroh Melaka.

Saya book bilik kat Bayou ni guna Booking.com. Tersangat lah last minit punya booking pagi nak keluar rumah baru saya online book. Masa klik kali pertama harga RM199 then bila klik lagi utk secure booking harganya dah plus2 tax rm239. Kami ambik studio apartment je sebab encik suami tgh pokai haha biasa klu g mana2 ambik yg aptment 2 bilik mesti 500++ so ini kali kena jimat skit. Saya tgk lagi dgn harga bilik segitu kami akan dpt tiket masuk water park free 2 dewasa. So kami kena beli lah lagi 3. Harga tiket dewasa rm20 kanak-kanak rm15 and bawah 90cm free.

We all sampai dah kul 6.30 anak-anak dah bising sebab ayah diorang biasalah kalau nak ke mana-mana singgah sebentar tgk site tgk keja bdk2 dia. Hari kejadian tu dia bw kami "singgah" kat Dataran Merdeka. Singgah la sangat - stranded situ 3 jam woo. So dh sampai lewat pool pun dh tutup naik bilik je lah. Tapi yang buat saya sedikit terkejut masa check in rega bilik dah jadi RM280. Biasa klu booking online taklah jadi segini banyak naiknya. Terkezut jgk lah mokcik tp takkan nak bertekak pulak kan bayo je lah huhu. Cumanya bila masuk bilik wah besar jgk wpun kami ambik studio je. Saya bayangkan bilik selorong gitu je hehe tp ok lah boleh tahan besar kira kalau nak sumbat 2 family pun boleh lagi..oppss!! hotel baca ni marah depa kat I haha. And satu lagi ada iron n iron board kat dlm blk. Skrg byk hotel tak letak iron dlm bilik. Kita nak kena call baru hantar ataupun dkt level tertentu ada disediakan tempat iron. Leceh la kan nak usung baju pulak.

Malam tu dr bilik nampak ada pertunjukan org makan api tu. En suami penat tertido kat sofa saya nak kejut pun sian. So anak-anak tgk dr atas je lah. Nasib la ayah terbangun sendiri so kami siap-siap keluar g makan. Siang tadi lalu kami nampak restoran yang ada pondok2 cam menarik je so we all pun pegi situ nama restoran Rest D Nangka. Memang ko ada pokok nangka sedang berbuah lagi tu. Rasa macam makan dalam dusun

Tu ha buah nangka tp muda lagi hehe


 Restoran ni byk props selain meja makan ala pondok-pondok ada kolam ikan bubu lampu gasolin dan skuter ni


Lepas makan kami lepak kat Dataran Majlis Bandar Melaka yang ada air pancut kolam banyak2 tu . Tengok ramai org lepak situ. Tv skrin beso pun ada. Anak-anak main roller blade ngan skateboard sewa stgh jam rm5 je kalo kl kan rm10 !!

Eh dh melalut citer ke lain so bwh ni layan je lah ye gambo yg tak seberapa ni. Kami ni klu pegi water park mmg tkde de nak bergambo dh nak main air lagi bila masanya nk bergambo. Ni saya snap gitu -gitu je.





 
  Yang anak kecik-kecik sesuai rendam kat sini air takat buku lali kita je


Main lawan tembak-tembak adik ngan abang - yang jadi mangsa bebudak tengah mandi tu jenuh mak ni jerit jangan tembak orang jangan tembak orang tp bebudak dlm kolam tu pun cam suka je kena tembak haha





Kali ni mmg pegi mandi je lah benda-benda lain kat situ games area 9D theater bump car ke roller coaster semua tak sempat naik. Biasa kami kalo pegi mana2 tu habis semua kami pulun main dah alang2 pegi kan. Tapi ni masa suntuk so lepas mandi siap-siap terus nak balik. Sebelum balik sempat lagi nyinggah kat umah 2 pupu saya di Alor Gajah langkah kanan makan nasi lagi tu kat umah dia. Gitu lah kami hubungan sedaramara kawan-kawan yang jauh yang dekat belah saya belah suami kalau ada kesempatan kami mesti berkunjung. Jangan sampai terputus dek kerana jarak dan masa.

So solosai short weekend di Melaka saya rasa mmg saya suka Melaka lah sebab byk tempat boleh pegi even dah byk kali pegi Melaka kan. And jarak pun dekat jadi kalau cam suami saya yang ala2 bz ngalah pok jib tu blh la lari2 kejap ke Melaka. Dulu kami suka lari ke Port Dickson kadang tu tetiba je lepas maghrib keluo idea jom g PD so jam-jam tu pack masuk kereta tp skrg mungkin ubah haluan Melaka kot hehe...

No comments: