Saturday, March 28, 2015

Yang saya masak bila anak demam

Hari ni anak boy saya demam actually dari smlm dh demamnya cuma smlm tu kejap berpeluh kejap demam. Saya kalau dia demam mmg risau skit sebab jenis susah nak baik dengan cepat. Kadang sampai masuk spital 3-4 hari masuk air berbotol baru sihat. 

Biasa budak demam mmg takmo makan jenuh paksa kan sebab camne nak makan ubat klu perut kosongkan. Minum pun tknak abih camno tu. Dah la demam energy pun langsung tkde la bila tak makan tak minum. Air masak takat masuk seteguk dua. Nasi langsung tak. Dari pagi sampai lewat tengahari macam tu je. Geram ada sian pun ada camna lah nak bg dia makan. Then tetiba saya teringat masa kakak dia tampal gigi kali pertama umur 5 years rasanya. Masa di klinik tu ok je. Balik umah bila ubat tahan sakit abis dia start melalak. Panik la kita kan terus call klinik tu. Doktor terus suruh saya bg aiskrim. Aiskrim!!! biar betul sakit gigi nak bg aiskrim. Tapi doktor kata you bagi je tgk dia mesti diam. And amazing hulur aiskrim je terus diam. Saya rasa kesan psikologi lg kuat lah dari ubat.

So instead of nk suruh minum gak air masak tu saya bancuh air sarsi ais lagi tu. Hulur kat dia terus minum separuh gelas. Pada saya mau masuk air manis ni pun ok jugak lah dari tak masuk air kan. Pastu tetiba terlintas nak bagi maggi. Anak-anak saya mmg jarang dapat kebenaran makan maggi. Dalam setahun dapatla beberapa kali makan maggi. Kalau tetiba saya kata hari ni makan maggi semua melompat yea macam dpat makanan paling mahal dalam dunia tu. So saya masak kan sepaket maggi pecahkan telur kat dlm nya. Bau maggi je dah tempting kan hehe. Dalam tak lalu makan tu bangun bersila dia duduk. Saya suapkan laju je makannya. Maggi kari pedas berpeluh-peluh makan. Time ni saya sediakan air masak. So dah makan benda panas-panas pedas-pedas air pun layan laju je lah kan. 

Well.. menjadi jugak la idea saya ni kan klu tak susah hati jugak fikir nak masak mkn kegemaran dia lah beli fast food ke tp skrg saya rasa semua makanan tu nanti dia dh kebah demam baru selera dia nak makan kot. Cumanya jangan la demam lelama abang takkan nak bg makan maggi je huhu sesekali boleh la 


oppss!!! ni fav dia lama dah tak buat hehe
Post a Comment