Monday, March 23, 2015

Resepi Kek marble susu

Saya dapat resepi ni dari Penmerah (dot)com mmg simple je resepinya dan rasa pun sangat sedap- tak sangka jugak. So saya tepek kat sini nanti klu nk buat lagi senang skit klu just share kat fb lelama ntah ke mana peginya resepi tu. Tapi sebelum tu sorry lah kalau yang singgah lalu dan berhenti seketika kat blog saya ni saya takde gambo2 yang cam menggiurkan pun almaklum ambik guna hp cap ayam je. Memang semua resepi saya tepek kat blog ni sbb senang saya nak rujuk bebila nak masak. Gambo pun kadang takdan nak ambik buat-buat hidang kat umat yang ada kat umah ni terus licin. So apa yang ada je lah ye


Bahan-bahan

1. 1 cawan margerin -saya guna Daisy
2. 1 cawan gula kastor
3. 3 bj telur
4. 2 cawan tepung gandum
5. 1 sudu besar baking powder
6. 2 sudu besar susu pekat manis
7. 1 sudu kecil Esen vanilla
8. Pewarna pilihan

Cara

1. Pukul margerin dan gula hingga kembang 

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil  pukul sampai kembang

3. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau rata dan sebati

4. Masukkan tepung yang sudah diayak bersama baking powder tadi. Kaup balik sehingga sebati

5. Bahagikan adunan kepada warna yang disukai saya buat 3 warna - warna asal, hijau dan merah.

6. Lenserkan loyang dengan marjerin kemudian alas dengan kertas -saya takde kertas so tak alas pun tp lenser byk skit margerin kat loyang

7. Kemudian mulakan membuat lapisan atau corak@design utk kek ni. Adunan kek agak likat jadi kalau nak buat lapisan kena hentak-hentak skit loyang supaya adunan merata dengan sekata. Tapi alkisahnya masa saya mula nak "berkarya" encik suami ku call kata nak ajak g seromban within 1 hour dia sampai umah katanya..ayoo!! apa lagi saya pun taram tuang selambak rak je lah adunan 3 kaler tu corat carit skit2 sesuka hati hehe.

8. Then bako 40 minit pada suhu 160.

ni lah hasilnya mmg sedap sangat kek ni buat pun senang je bahan pun simple je kan so selamat mencuba ye




Post a Comment