Wednesday, March 18, 2015

Resepi Ringkas - Asal karipap terjadi murtabak goreng pulak

Cuti sekolah ni selain rumah meriah ngan anak-anak dapur pun meriah je berasap tak berhenti. Petang tadi saya jalan-jalan kat blog orang nampak resepi kek marble susu tgk barang cam senang je so saya pun intai-intai barang kat dapur tp margerin saya tak cukup secawan. So tunda dululah nak buat kek. Intai-intai lagi apa ada tgk ada kentang sambil tu mata jeling kat balang tepung ada lagi. Karipap kah menunya...ermm malas nak uli tepung sebenarnya. Tapi tangan ni laju je buang kulit kentang potong dadu then put aside dulu. Sambil tu fikir lagi karipap kah?

Dalam sambil kepala berlegar-legar karipap karipap tangan gi bukak lak peti ais. Belek-belek nampak kulit popia. Tiba-tiba datang idea nak masukkan inti kentang karipap tu dlm kulit popia idea orang malas haha. Mula saya nak buat macam samosa tu segitiga kan. Tapi rasa cam tak suprise je apa-apalah saya ni kan food pun nak suprise. Bukan apa saya bayangkan bila anak-anak nak makan suami nak makan biar dia ada rasa apa ni rasa cam teruja gitu hihi. So saya pun lipat lepat jadi cam ala-ala mini murtabak.


So ni lah menu minum petang kami td. Inti karipap masuk dalam kulit popia tak tau la nak bg nama apa hehe
Post a Comment