Thursday, June 13, 2013

Ketemu "Syurga Idaman" : Tribute to my beloved jiran 2D Aster

Saya masih ingat kami beli rumah waktu saya dalam pantang anak no 2. Orang kata tu la rezeki anak. Saya tak ikut suami masa booking semua tu dia yang urus. Cuma saya pesan cari rumah tepi sbb kami serik berjiran ngan jiran yang tak tau berjiran. 

Kami berpindah masuk agak lewat rumah siap bulan November dan kami move in bulan September tahun depannya tu. Awal-awal masuk rumah tu saya hanya kenal dengan jiran 2 rumah yang terdekat dengan saya - rumah Ina & abg Rosli dan Zai & Hamdan. Masa tu saya rasa bersyukur sangat sebab mereka sangat-sangat peramah berbeza dengan jiran saya sebelum ini. Dan sedar tak sedar akhirnya daripada 2 jiran saya mengenali hampir ke semua jiran-jiran yang berada di lorong rumah saya tu termasuk yg bangsa cina dan india. Kami bukan setakat kenal malah lebih dari itu. 






Iklan kejap..
Yang ni gambar ketua lorong En Razak dgn wife dia Yang berbahagia Pn Robiah


Hubungan kami sangat akrab. Ada saje aktiviti yang kami rancang setiap tahun- bacaan yasin, jamuan buka puasa, jamuan raya, tradisi baraan, bbq, minum teh, jalan-jalan tak dapat jauh dekat-dekat pun jadi. Kalau bapak2 selalu mengeteh kat kedai depan mak-mak pun tak kurang hebat ngan acara sendiri. Yang bestnya kalau mak-mak nak keluar bapak-bapak dengan rela jaga anak. Saya rasa selamat dan tak susah hati sebab saya tau apa-apapun I can count on them.

The best part adalah semangat gotong royong yang saya rasa payah nak dapat dah sekarang ni. Saya masih ingat majlis berkhatan anak saya berjalan dengan lancar dan meriah. Semuanya diuruskan oleh jiran-jiran saya.







 
Akhirnya saya ketemu Syurga Idaman saya and this is really my home sweet home God bless us. Semoga silaturrahim kita akan kekal berpanjangan..adious hidup 2D!!!

No comments: