Tuesday, June 11, 2013

Darilah Melaka ke Pulau Langkawi

Kalau diikutkan azamnya tahun 2013 ni saya nak kurangkan aktiviti jalan2 sebabnya anak saya nak UPSR. So kekononnya last berjalan cuti raya cina ari tu lah gi Johor - singgah sebentar di JPO sambil merembat handbag Guess sebiji dan buat "site visit" ke Legoland :)

Tapi azam saya tak berapa menjadi macam rasa dry je life without vacation (ewah2). Lagipun bila kita kerja kuat (he he kuat la sgt) we need that kind of therapy. So we decided to have just short vacation jalan2 tempat yg dekat2 yg tak makan masa byk. Lagi pun 1st week cuti sek tu anak saya cikgu sek nya pulun buat tusyen so mmg kami takde byk masa. Husband pulak cam biasa la keja2 dia kat Utara tu belum betul2 selesai so sat kat kl sat balik kedah. Jadi cam biasa la keja-keja membooking hotel n plan nak ke mana tu saya uruskan.

Memandangkan kami dah selalu sgt pegi PD saya suggest kat en somi kami ke Melaka pulak. Saya booking Mahkota Hotel melalui Booking.com harga apartment 2 bilik RM267. Kami check in hari Khamis sehari seblm Wesak Day. Memang lengang masa hari check in tu. Tak sangka jugak hotel ni menariklah berbaloi dengan harganya yang tak mahal sangat tu. Yang buat anak saya teruja sangat tu sbb ada 2 swimming pool yang besar--besar menyambut kedatangan kami. Malam tu kami makan ikan bakar kat Alai - tempat baru sbb sebelum ni biasa makan kat Serkam ataupun Umbai je. Kawan suami saya yg bukak law firm di Melaka belanja makan mlm tu moga murah rezeki en lawyer kita tu :) 

Yang ni swimming pool pertama betul-betul mengadap lobi


Esoknya tu cam biasa anak2 apa lagi aktiviti mandi kolam sampai kecut-berut tp ibu diorang ni cam biasa jgklah tak berapa nak berani main air kolam ni sbb allergic. Kang tak pasal2 kena ambik injection. Mak dah kena nak serik mak! 

Dalam kul 1 kami check out masa tu saya tgk lobi penuh ngan org yg nak check in lega gak saya sbb dtg semalam. Anak-anak saya td lepas berendam sakan apalagi bising la lapar kan so ayahnya pun pusing2 cari kedai makan tiba2 si kecik menjerit nampak restoran Upin Ipin. Hermm layan je lah so we all lunch kat situ. Next entry saya akan cerita makan2 kat restoran Upin Ipin tu macam mana.

Lepas makan kami terus gerak ke tempat Duck tour. Saya mmg dah plan nak ajak anak2 naik Duck Tour sbb last trip pegi dengan jiran-jiran kami naik cruise yg menyusuri Sungai Melaka tu je. Bila dah beli tiket rupa-rupanya kena tunggu ada time dia la pulak masa tu baru pkl 2.30 tiket kami pkl 4.45. So kena la berjalan2 ke tmpt lain dulu. 



So kami ronda-ronda naik beca. Suami saya ngan anak lelaki 1 beca saya ngan 2 anak perempuan saya naik lagi 1 beca. Tapi saya rasa tak sampai hati la tgk pakcik yang bawa kami tu. Memang tau dia tak larat so masa sampai kat tmpt yg macam ada bukit skit tu saya dgn rela hati suruh pakcik tu bhenti dan kami berjalan sampai la lepas dr bukit tu baru kami naik semula.Selesai naik beca naik pulak Menara Taming Sari naik kapal naik la segala bagai yang ada kat area tu he he.

Adik suka dapat naik Menara Taming Sari

Naik Duck Tour pulak mmg pengalaman baru lah sbb Duck tour kenderaan 2 alam. Bab dia jalan atas darat tu tak le teruja sangat tp bila dia start masuk dalam air tu wah! cam best je. Cuma yang saya nak komen kat sini suara yg digunakan sebagai latar memberi penerangan sepanjang perjalanan tu tak sesuai la. Kena tukar bg dapatkan suara Jit Murad ke baru sedap halwa telinga mendengarnya. 


Turun dari Duck Tour tu untuk yang ntah ke berapa kali anak boy saya tu nak jgk pegi Toys'us tu mcm la kat kl takde Toys'us. Mula2 suami saya macam malas nak layan permintaan dia tp agaknya memikirkan sat tadi si kakak sempat jgk rembat jeans selai kat Mahkota complex tu so layan jgk la. Apa lagi melompat la dia cari mainan idamannya tu.

Malam tu sebelum balik lagi sekali en lawyer Zul Iskandar belanja kami makan kaw2 punya Sea ferrer Udang butter and asam pedas melaka memang terbaek la. Kalau ikut hati nak je tido semalam lagi di Melaka tp mengenangkan keja yg dah menunggu balik jgk la mlm tu. 

Panjang pulak cite pasal Melaka so Langkawi entry lain la pulak ha ha  

No comments: