Saya rasa mesti korang biasa kan goreng nuget, fries atau pun sosej untuk anak-anak. Dulu saya bila goreng jarang sangat saya rasa makanan2 tu tapi sekarang semua makanan anak-anak termasuk biskut air ke apa ke saya rasa. Sebabnya makanan2 ni nampak je macam serupa tp tak sama. Maksud tak sama tu menurut tekak saya adalah kandungan gula, garam dan keoriginalannya. Sebab makanan-makanan yg diproses ni kandungan garam gula bahan pengawet pewarna dan perasa tiruan menjadi punca kenapa ianya tidak bagus utk perkembangan anak-anak. Cuma sampai satu tahap kita susah nak
sekat makanan ni daripada masuk ke dalam perut anak-anak kita dan kita ni biasala kan klu beli barang cepat terpengaruh ngan iklan. Kalau iklan tgh meletup2 pasal brand tu kita pun beli. Tapi tu la awas kita sebagai mak ni kena la prihatin.
Macam saya anak yg sulung takde masalah bab makan ni. Jangan tanya apa
yang dia suka makan nak tanya apa yg dia tak suka makan pun susah nak
dapat jawapan punya la pemakan orangnya anak aku ni ha ha. Tapi bila
sampai anak no 2 saya jadi pening memikirkan apa nak bg dia makan susah
sgt pemilih nya ya ampun! Same goes to anak no 3 ikut cam gaya abang dia
jgk. Tapi kalau fast food western2 tu ok esp nugget2 semua tu lah. Saya
pernah tanya pandangan doktor macam mana nak buat. Saya risau takut
makanan ni mempengaruhi otak ke apa ke kan. Tau doktor jawap apa ngan
saya
" daripada dia tak makan puan bagi je lah sampai masanya nanti dia
cari la makanan lain, cuma klu blh pilih yang kualiti ".
So berbalik pada rasa merasa ni percayalah korang semua kena try nuget2 tu sbb ada brand yang mcm bagus pun bgtau nuget dia dari is ayam yg empuk itu ini bagai tp terasa sangat masinnya berbanding ngan jenama lain. Ada yang susah sgt nak masak sepenuhnya walaupun kita goreng dgn api yg perlahan. Ada jgk yang rasanya ntah apa-apa je kata nuget ayam tp mcm rasa tepung je.
Biskut2 ni pun sama. Anak-anak saya ni gile betul ngan oreo chipsmore tiger biskuat. Tapi korang mesti perasan kan ada lagi brand2 lain yg klon ngan biskut2 tu dijual pada harga yang lebih murah. Dulu saya pun beli kat anak2 sbb murah tp bila saya makan biskut2 yg klon tu manis sangat rasanya dan klu coklatnya pun tak kaw.
So bukan la nak kata yang mahal tu bagus tp dalam bab makanan ni betul la. Saya berusaha memilih yang lebih elok daripada kumpulan yang tak berapa elok ni setidak-tidaknya dapatlah mengurangkan sedikit kandungan yang tak elok tu kan. Lagipun mcm nuget2 tu kalau kita goreng sendiri di rumah kita blh pastikan minyak yg diguna utk menggoreng tidak diguna berulang kali, guna tisu serap minyak utk mengurangkan kandungan lemak dan kita blh memilih yg lebih berkualiti.
So bukan la nak kata yang mahal tu bagus tp dalam bab makanan ni betul la. Saya berusaha memilih yang lebih elok daripada kumpulan yang tak berapa elok ni setidak-tidaknya dapatlah mengurangkan sedikit kandungan yang tak elok tu kan. Lagipun mcm nuget2 tu kalau kita goreng sendiri di rumah kita blh pastikan minyak yg diguna utk menggoreng tidak diguna berulang kali, guna tisu serap minyak utk mengurangkan kandungan lemak dan kita blh memilih yg lebih berkualiti.
No comments:
Post a Comment