Tuesday, June 11, 2013

1 hari je@Langkawi

2 june yg lepas cuti Agong kan. So kami balik ke rumah Ibu Mertuaku di Kedah. Then tau-tau kami dah kat Langkawi ha ha. Memang tak plan langsung tp klu nak cite bab tak plan ni selalu jgk kami (saya ngan suami la) buat perangai mcm ni. Bukannya apa kami ni dua2 keja sendiri masa tak menentu. Kadang ada duit masa takde, ada masa duit pulak takde nak dapatkan ada masa ada duit tu ha yg kena tunggu. So bila tetiba ada duit ada masa keluar la rancangan yang tetiba cam gini. 

Pagi tu kami keluar betul2 lepas solat subuh nak kejar feri paling awal punya pasal. Sampai kat jeti around 6.45 org dah ramai Q pun panjang. Selesai beli tiket tak berapa lama je feri terus jalan- masa dah time daa..Cuaca masa tu redup2 hujan renyai2. Dalam hati saya doa takpe la hujan kat jeti je kot. Perjalanan rasa panjang pulak cemuih kata org Kedah suami saya pun nampak cam boring sempat dia ckp next kita naik flight je lah...dah kg dia kat kedah sah2 kami balik kg naik kereta nak naik flight apanya lagi hihi.


Sampai sana terus cari kereta sewa dapat la Toyota SE sewa dari pg ke ptg rm100. Musim cuti sek mahai la klu tak 30-40 hengget pun dapat kereta sewa ni. Lepas sarapan kat Restoran Nasi Kandar terus pecut ke tempat cabel car. Dalam masa yang sama  hujan mula turun lebat. Aduhai dah la sehari je kalau sampai petang hujan mmg rosak rancangan :(.

En suami mula cam confident je tau jln ke cable car tu dia kata mesti ada signboard punya. Lagi pun kami dah pernah naik cable car tu. Tapi mmg tak bagus la tak mesra pelancong sungguh signboard  mmg takde dari Pekan Kuah tu sepanjang2 jalan kami melilau mencari. Suami saya tel kawan dia Shidee anak jati langkawi (mesti shidee ckp dah sesat br nak tel aku ha ha, sorry la shidee selalu klu datang mesti call dia tp ni rushing punya jln2 tak sempat). Memang cari punya payah jgk la nak jumpa. Ada ternampak signboard punya la kecik dah tu mcm pacak tiang bodoh gitu je. Signboard tu pun cuma ada bila dah dkt2 nak sampai cable car so mmg tak membantu sangat la.

Nasib la hujan dah berhenti time kita orang sampai cable car tu. So beli je tiket terus beratur naik. Sepanjang naik tu view ok lagi tp bila sampai puncak mmg tak nampak apa la kabus je dah rasa cam kat cameron@genting la pulak. Sky bridge pulak under construction frust! So nak buat apa lagi kat atas tu kan. Bebudak ni nampak org jual burger terus datang laparnya so makan lagi kat atas tu wpun td baru je makan :)


Bila turun keluar je dari cable car tu dah ada petugas yg tunjukkan gambar kami dah siap print plus ada gambar kat snow globe pulak. Mula en somi kata ambik yg gambar je..diorang tak paksa pun kita nak beli beli la then tetiba en suami kata ambik jgk la snow globe tu. Harga rm60 utk gambar n snow globe.


Turun dr situ saya ngan si kakak sangkut kat kedai yg jual cenderamata kakak nak sandal@selipar saya nak beli fridge magnet. Tp tgk fm mahal la compare ngan tempat lain so tak jadi beli, beli selipar kakak je. Yang suami saya dengan anak lelaki saya rupanya dah sampai kat tempat yg buat fox flying tu. Abang beria2 nak try benda tu. Diorang charge rm10 je so blh la lg pun bukan tinggi sangat. Kalau tinggi harus ibu tak bagi (anak bujang saya tu satu-satunya anak lelaki@cucu lelaki keluarga sebelah saya weh ).


Lepas abis meronda2 makan aiskrim beli cekelat kami terus ke Under Water World pulak . Hari ni mmg takde aktiviti membeli belah so ibu sabar je lah ye. Kita meraikan kanak-kanak sempena hari kanak-kanak sedunia ha ha. Masuk Under Water World pusing sana sini tgk ikan ambik gambar semua habis masa kat situ je. Keluar dah pkl 5 lebih. Tiket feri kul 7 so pusing-pusing Pekan Kuah beli cekelat ngan tshirt. Saya tak beli byk pun sbb mmg tak bawa beg apa tp end up tau2 kena jgk beli beg sbb byk sangat beg plastik saya takut tercicir time kat feri.

Nampak ramai - bw anak makcik 2 org

No comments: