Sebelum beli rumah saya duduk menyewa di area Batu Caves. Asalnya kami nak beli rumah yang kami sewa tp last minit tuan rumah tak jadi jual. Tapi nasib baik jgk kami tak dpt beli sbb jiran I kiri kanan mmg buat I merana you!
Asalnya sebelah kanan rumah saya ada pasangan suami isteri yg lebih kurang baya kami jgk umurnya baru ada anak sorang macam kami jgk lah ketika tu. Mmg takde masalah apa ngan jiran ni wpun suaminya rock gitu rambut panjang kasut boot kereta vroom2 eksoz beso tu tp bab bejiran diaorang ni ambik berat jgk la. Pernah diorang buat jamuan jemput saya tp kebetulan saya puasa masa tu so tak pegi. Tiba-tiba dh petang jiran saya tu dtg bawa setalam makanan untuk buka posa katanya terharu saya. Tapi jodoh kami ngan jiran yg baik hati tu tak panjang. Dia kena pindah sbb owner nak balik rumah tu. Sampai skrg wpun sdh 10 thn berlalu suami saya masih lagi keep in touch ngan jiran tu.
Bila masuk je anak kepada owner rumah tu saya ingat blh la buat jiran tp haraam. Bayangkan dia buat house warming party pasang khemah siap ngan katering ada stall bakar satay bagai saya jiran sebelah rumah ni pun dia tak jemput. Jiran yang lain tu kot la jauh tak kenal. Kita bukan la hadap sgt dgn makanan dia kan. Tapi kalau org tak tau adap macam tu la. So selepas tu ada la jgk dia buat bday anaknya pun takde terasa teringin dia nak menjemput kita. Dia klu buat tu mmg grand la canopy mesti ada siap dgn panggil clownnya. Bayangkan la bday party mesti meriah ngan belon-belon lagi kan. Masa org menyanyi lagu Happy Bday tu anak saya blh berlari keluar nak joint sekali. Saya ambik anak saya suami start enjin kereta terus blah. Oh! apa jenis jiran saya dapat.
Itu cerita jiran belah kanan ni cerita yang belah kiri pulak (opps!! jiran belakang pun ada citer jgk ha ha). Yang sebelah kiri ni sayang@suka bebeno ngan kucing. Ok fine saya takde masalah ngan hobi korang suka hati la kan nak ternak apa. Tapi plz bare in mind ni taman perumahan bukan kat kampung, ko kalo nak bela kucing kat kl kena ada stail skit ok. Sediakan la pasir tempat kucing nak berak. Kalo kat kg kucing2 tu senang je nak melepas kat mana tak kisah sbb kwsn luas bukannya naik sangat aroma nya tu. Habis berlalu di bawa angin sepoi2 bahasa je baunya tu singgah skit2 kat hidung kita je. Tapi kat bandar ni kucing berak depan rumah memang menusuk hidung sampai ke kalbu la jawabnya. Nak pulak lagi kucing ko tak berak kat depan rumah ko dia berak kat halaman rumahku. Hari-hari bangun pagi belonggok-longgok sapa blh tahan. Kucing ni pulak suka sgt main cakar-cakar : cakar-cakar kereta sampai calar balar boleh? Kita pulak kena hantar pegi polish sekali polish terbang 80-90 hengget. Benda ni berlarutan bertahun-tahun and ada sekali tu suami saya bersuara tentang masalah ni. Ingatkan dia nak minta maap ke apa tp tak...terus langsung taknak bertegur sapa. Sedihnya terus macam bermusuh pulak.
Lepas tu diorang renovate rumah. Memang tak bgtau kita apa langsung pasal nak renovate ni. Ye lah rumah diakan suka hati dia la nak buat apa. Cuma saya rasa benda ni jadi pengajaran pada kita semua. Kita mmg seronok bila nak renovate rumah berangan mcm2 nak buat itu ini tp jgn sampai jiran kita sakit@makan hati. Kita patut lebih prihatin sbb pengalaman saya jiran syok2 je kita yang geram naik angin. Mana taknya kita sidai baju balik dari keja tgk baju habis kena habuk debu simen. Tak cukup dengan itu ada baju yang terkena bancuhan simen. Saya masih ingat lagi baju saya yang terkena bancuhan simen bertompok2 kecil dan bila saya cuba buang simen tu baju saya koyak. Then pekeja suka2 hati je guna air dari paip depan rumah saya . Saya tak paham betul kenapa mereka buat macam tu. Bila sampai ke bahagian belakang kontraktor bukak pagar yang mengelilingi rumah kami sbb jiran saya ni extend sampai habis tanah. So dia tak perlukan pagar lagi. Tapi yang saya sakit hati dengan pagar umah saya sekali terbongkang tak dipasangnya semula. Masa tu saya tgk kontraktor dan pekerja nya ulang alik menyiapkan keja jadi saya andaikan bila dah siap mesti diorang pasangkan semula pagar tu. Tapi sampai sudah tak dipasangkan semula. Sampaila saya bersuara minta dia panggil semula kontraktor pasangkan pagar saya tu.
Teringat kes 2 org pakar motivasi yg tinggal berjiran tp nak saman menyaman di mahkamah gara-gara rumput carpet mutiaranya rosak bila jiran renovate rumah. Itu pakar motivasi tu blh takde cara yg lagi baik dr selesai di mahkamah. Tapi saya cuba jgk la taknak putuskan silaturrahim. Waktu dia dalam
pantang saya pegi melawat dia ngan babynya. Tawakal je la dlm hati org
tk layan aku balik. Mujur la masa tu ada mak dia ada sedara mara dia.
Itu kisah lama sekarang saya dah pindah dah beli rumah. Pengalaman pahit ngan jiran menyebabkan saya suruh suami cari rumah tepi . Kalau ada masalah pun dengan 1 rumah di sebelah je. Kalau kita ditengah2 tension dibuatnya. So kami dapat rumah end lot. Saya masuk lepas hampir 10 bulan rumah siap. Lambat jgk la memandangkan pada asalnya en suami tak berminat ngan lokasi umah ni. Maklum la kami dok kat area kl tetiba tercampak ke belah klang. Tapi saya nak bagitau semua tak sangka rupa-rupanya kami tercampak di "syurga idaman"...next entry saya cerita tentang "syurga idaman" ni ye
No comments:
Post a Comment