Wednesday, June 12, 2013

Kuah Rojak Buah Abang Jai

Resepi ni saya dapat lama dah daripada abang sepupu saya yg saya panggil Abg Jai je. Dia ni mmg rajin memasak dan mengemas. Kalau pegi rumah dia macam2 menu dia masak untuk kita. Saya yang anak dara masa tu malu-malu gak la sbb pagi2 lagi sblm pegi kerja dia dah masak kan untuk saya sarapan. Then balik dari keja dia terus buatkan saya puding la mee kari la untuk minum petang. Malam dia buat pulak dessert stand by dlm peti ais so esoknya bila2 rasa nak makan bukak je la peti ais tu. Memang jgn susah hati la bab makan kalau ada abg jai ni.

Dah la rajin masak resepi pun tak kedekut saya tanya terus bagi. Resepi kuah rojak buah ni bila saya buat dan hidangkan pada kawan-kawan jiran-jiran mmg mesti ada yang minta resepinya. Saya ingat lagi tahun pertama pindah ke rumah baru saya buat open house masa raya. Memang sold out kuah tu ada yang minta tapau lagi tapi mmg ramai yang minta resepi. Then tahun depan punya open house bila saya pegi rumah kawan-kawan saya sampai je mesti diorang bisik2 ngan saya diorang buat kuah rojak buah yg saya bg resepi tu. Tu lah penangan kuah rojak buah abg jai.

Bahan-bahannya
1 botol kicap
1 botol sos
600gm gula putih
600gm gula merah
cili kering dlm 20 tangkai
belacan rm1 - tp sorry la resepi ni lebih kurang 15 tahun yg lepas harga dulu belacan rm1 dgn sekarang tak sama so agak2 la jgn letak banyak sangat tercabut hidung makan nya nanti

Buatnya mudah dan ringkas saje barang pun senang nak cari. Tuang semua benda dalam periuk kacau masak sampai pekat hidang..senangkan. Air tak perlu byk. Bila kita dah tuangkan sos dan kicap kita cuma masukkan air dalam botol kicap dan sos tu untuk keluarkan sisa2 kicap dan sos dlm botol tu saja. 

Nak lagi sedap taburkan kacang tumbuk boleh la hidangkan dengan buah-buahan pilihan masing-masing.
Post a Comment