Saya paling suka dengan resepi kek coklat yang saya dapat lebih kurang 20 tahun yg lalu. Bukan apa kadang kita makan kek kita akan terasa macam ada terlebih bahan penaik dan itu mengganggu saya dari menikmati kek coklat. Tapi resepi yang saya dapat ni sudah la mudah campak2 gitu je tak payah nak pukul2 sampai kembang gebu rasanya pun sangat sedap.
Saya masih ingat resepi ni saya minta dari sorang makcik yang anaknya dulu cikgu praktikal kat kampung saya. Masa tu anak dia tinggal sementara dengan keluarga saya. So bila makcik ni datang melawat anak dia dia bw kek coklat ni. Kan saya pernah cerita saya ni pantang dapat makan benda sedap mesti nak kecek resepi. So ini lah resepi yg masih saya simpan sejak 20 tahun yg lalu
Bahan kek
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula icing
1/2 cawan serbuk koko
1 sd teh baking powder
1 sd teh soda bikarbonat
1 sd teh cream of tartar
ayak semua bahan ni ke dalam mangkuk kemudian tuang satu persatu bahan-bahan berikut sambil kacau hingga sebati
1 cawan susu cair
1 cawan air panas yg telah dimasukkan 1 sd teh nescafe
1 cawan minyak masak
2 biji telur
Kacau-kacaukan sahaja semua bahan hingga sebati dan tidak berketul-ketul. Kemudian oleskan loyang dengan marjerin. Tuang ke dalam loyang. Adunan ni boleh di bakar atau pun di kukus selama 45 minit.
Bahan topping
3 sudu gula
2 sudu butter
1 cawan susu cair
coklat masakan separuh bar
Masukkan ke dlm periuk semua bahan kacau sampai cair dan sebati boleh terus tuangkan atas kek yang telah sejuk. Tak payah susah payah nak double boiler mcm resepi lain. Kalau suka taburkan coklat rice..dah siap...mudahkan selamat mencuba
No comments:
Post a Comment