Thursday, May 30, 2013

Breakfast dengan Penulis skrip Setia Hujung Nyawa

Minggu lepas BFF saya yg dah jadi penulis skrip meletopp tu tetiba call and ajak minum. Dalam hati saya kata ni mesti dah keluar dari mengeram ha ha. Kebetulan saya pun duduk2 melopong kat opis tak buat apa so berjumpa la kami.

Lama tak jumpa mcm2 topik keluar biasa la kan org pompuan klu time bujang cite pasal mr right sekarang apa lagi pasal suami la anak la bla..bla..bla..Then terkeluar citer anak masing-masing ada masalah yang sama subjek kat sek. Elok kertas lain blh score tp tang satu kertas ni kantoi . Anak saya ngan selamba bgtau "abang dapat highest dlm kelas 2 subjek ibu tp subjek Pemahaman tu abang tak paham betul la abang dapat 53!!" mak oi bergego telinga ibu dengar.

Kawan saya ni pun bgtau anak dia pun tak score subjek Pemahaman ni mmg kekdahnya tak paham-paham jgk la. Anak saya kata kalau peribahasa simpulan bahasa dia tak paham langsung kat mana nak cari clue supaya boleh jumpa jawapan yang tepat. Ye lah kita ni nak terangkan camne cara pun tak tau. Saya mmg ada  beli buku2 peribahasa simpulan bahasa tu tp bukan semua bdk2 ni blh hafal kan. Kena yang dia hafal tu tak keluar yang dia tak hafal tu pulak keluar macam mana tu.

Bila kami sembang2 kawan saya kata puncanya dari kita. Cuba tgk mak ayah kita masa kita kecik-kecik dulu. Kalau marahkan kita atau nak bagi nasihat diorang ada menggunakan peribahasa@simpulan bahasa ni kat kita. Contohnya (ni saya ambik sebiji2 dari ayat kawan saya tu maklum la org tulis skrip spontan keluar ayat lengkap lagi tu ha ha) " kamu ni degil beno orang cakap tak mau dengar ibarat mencurah air ke daun keladi je".. Atau pun kalau nak bg nasihat supaya menjadi anak yang baik.."kamu dah besar nanti jangan nak panjang tangan"

Jadi bila kita menggunakan peribahasa@simpulan bahasa ni dalam percakapan kita anak-anak akan bertanya apa yg kita cakapkan tu. Dan kita pun boleh la menerangkan pada anak2 dari situ mereka belajar secara tidak langsung.

So lepas ni blh la ye kita try kaedah ni. Cuma rasanya kalau nak marah tetiba nak masukkan peribahasa tak jadi marah kot sbb ibunya pun kena diam fikir dulu nak masuk peribahasa apa kan ha ha

Post a Comment