Wednesday, July 17, 2013

Nasi Lemak Rendang Ayam

Menu berbuka hari ke 6 kami Nasi lemak rendang ayam. Ni anak-anak saya request. Nasi lemak ni takyah citer le camne. Masuk beras, bawang merah ketuk bawang putih halia serai masuk santan daun pandan kulit kayu manis bunga lawang halba skit garam. Tanak sampai masak siap. Eh tercerita jgk ha ha. 

Nak cerita pasai rendang ayam ada macam-macam version jugak kan. Cara dan teknik berbeza menghasilkan rasa dan tekstur yang berbeza. 

Dari kecil saya biasa tgk mak saya msk rendang. Mak saya ni mmg rajin masak macam-macam.  Kuih muih tiap petang mesti ada. Dia tak tunggu bulan puasa atau raya untuk masak.Biasanya kalau nak buat rendang saya suka duduk dekat ngan mak tengok dia buat dan tolong potong bawang, bawang putih halia. Tu je lah saya boleh tolong sbb yang lain tu mak saya cam tak berapa harap. Sebabnya rendang mak saya ni dia akan potong halus2 nipis2 daun kunyit dengan serai. Kalau tebal2 nanti QC (abah saya le) mesti komplen. So lepas semua barang2 tu dah dipotong nipis2 halus2 masukkan ke semua bahan ke dalam kuali termasuk ayam. Kemudian mak masukkan santan, cili kering dan serbuk kunyit kacau gaul bagi mesra. Baru mak letakkan kuali tu atas api. So kaedahnya bukan menumis ye. Rendang ni di masak sampai kering masuk la asam garam gula utk perasa. Lagi satu rendang mak saya ni dia tak masuk kerisik tp dia masukkan kelapa tak byk la dlm segenggam utk sekor ayam. Kelapa ni la yang akan bg serdak bila rendang ni kita keringkan.


Tapi bila saya dah besar duduk ngan kawan kenal org itu ini teknik saya buat rendang dah berubah. Faktor utama sebab saya malas nak potong nipis2 halus2 tu he he. Jadi bila terjumpa kaedah blender semuanya ya beda beduuu suka saya ngan resepi ni tidak ku berpaling lagi he he. Untuk sekor ayam masuk 1 labu besar bawang merah 3 bj bawang putih , halia, serai 3 batang, kunyit hidup skit lengkuas skit dlm blender. Blend sampai halus. Then tumiskan bahan ni masuk sekali bunga lawang kulit kayu manis. Bila dah naik bau masukkan cili giling. Tumis bagi garing pastu boleh la masuk daging atau ayam. Pastu masukkan santan siat-siatkan daun kunyit. Bila dah menggelegak masukkan kerisik pulak dengan gula kabung. Jangan lupa garam bila ayam dah nak empuk. So gitulah rendang saya.


Post a Comment