Pagi tadi selepas solat subuh saya teringat mereka yang telah tiada - arwah opah, tok dan kakak yang dah lama pegi. Satu persatu bergentayangan di ruang minda. Walaupun saya tidak dapat mengingati hatta satu pun memori bersama arwah kakak tp setiap kali mengenangkan pemilik nama Nor Liza itu saya pasti tidak akan dapat menahan sebak dan air mata. Kakak pergi ketika usianya lebih kurang 5 tahun. Dilanggar lari dihadapan rumah kami sendiri. Saya ketika itu masih kecil dlm lingkungan 3 tahun memang tidak mengerti apa-apa.
Arwah Opah dan tok meninggal ketika saya berumur awal 20an. Tok diserang angin ahmar dan lumpuh hampir 15 tahun sebelum meninggal. Satu tempoh yang amat lama saya kira. Sepanjang tempoh itu Tok dijaga oleh Opah. Tidak berapa lama Tok meninggal Opah mula sakit-sakit ringan dan pernah sekali diserang angin ahmar. Mujur kami ada ayah saudara yang bertugas sebagai doktor dia yang memberi rawatan dengan segera. Memahami kehendak orang tua yang tidak suka duduk dihospital lama-lama Pak Andak membawa opah pulang ke rumah beserta peralatan yang perlu ketika itu. Alhamdulillah opah pulih dengan cepat. Tapi memanglah hayatnya tidak lama. Saya kira umur opah dipanjangkan Allah untuk menjaga suaminya. Saya masih ingat antara kata-kata akhirnya yang menjadi petanda ajalnya makin dekat. Ketika itu hari merisik saya keluarga sebelah bakal suami saya berkunjung dari Kedah untuk menentukan tarikh pertunangan kami. Arwah opah baring di dalam biliknya dan minta saya bawakan bakal suami saya untuk berjumpa dengannya. Ketika bersalam arwah opah terus memeluk bakal suami saya dan berkata berkali-kali "Pah puas hati pah dah jumpa pah dah tgk org yang nak jaga cucu pah, kalau pah mati pun takpe dah". Arwah opah pergi dalam bulan puasa. Kami anak cucu menyaksikan mayat dimandi disiapkan dan di kafan. Saya masih ingat sewaktu arwah selesai dimandikan dan disiapkan oleh tukang mandi mayat berkali2 mereka menyatakan raut wajah arwah opah seperti tersenyum sangat manis rupanya. Saya perhatikan memang betul rautnya seperti tersenyum mungkin berkat sabar dan taat melayan suami Allah kurniakan darjat itu kepada Opah.
Serentak saya juga teringat akan sepupu saya yang dijaga oleh Opah dan Tok sejak dari lahir lagi. Tutur kata tingkah lakunya yang sopan dan lemah lembut. Raut wajah yang putih bersih mulus dia persis dara pingitan gadis melayu terakhir. Bertemu jodoh di awal umur 20an saya masih teringat lagi bagaimana terujanya ibu pengantin lelaki sewaktu menatap wajah sepupu saya itu. Kebetulan ketika pengantin bersanding ibu pengantin lelaki duduk berdekatan dengan saya. Berkali-kali saya dengar dia memuji sepupu saya dan menyatakan betapa beruntungnya anak dia beristerikan sepupu saya tu. Sayangnya itu semua mungkin belum cukup bg seorang lelaki. Dia yang taat dan setia tidak membantah tidak tahu meminta akhirnya disia-siakan atas alasan sikap dan pekerti mulianya yang begitu tidak memberi apa-apa cabaran kepada sang suami. Dia juga dinilai oleh suaminya tidak pandai berdikari lantaran tidak tahu memandu ataupun membayar bil-bil utiliti rumah. Sepupu saya anak bongsu pasti abang-abang dan kakak-kakak pantas bertindak untuk melindungi adik mereka. Namun dia masih lagi taat dah setia untuk terus mempertahankan rumahtangganya. Tahun demi tahun berlalu dia menguatkan semangat. Saya kagum dengan ketabahan dan usahanya dlm mempertahankan rumahtangga. Dia kini mempunyai lesen memandu sudah beberapa kali sampai ke rumah mak saya di kampung. Saat kami berjumpa saya pernah menebaknya dengan soalan "adik tak suruh ke dia kawin je dengan perempuan tu"... Lirih suaranya dia menjawap "adik dah suruh dia kawin daripada buat dosa tp dia kata perempuan macam tu bukan sesuai buat isteri buat main-main boleh la"
Airmata saya laju menitis mengenangkan semua ini. Dan pagi itu di tikar sejadah saya sedekahkan Al fatihah untuk mereka yang telah pergi dan panjatkan doa moga di bulan Ramadhan ini Allah mempermudahkan dan memperbaiki hubungan adik sepupu saya..amin.
No comments:
Post a Comment