Saturday, July 13, 2013

Puding Caramel

Nak buat puding caramel ni macam-macam version@resepi@teknik adakan. Ada yang letak susu pekat ada yg susu cair ada yang kukus ada yang bakar water bath macam2 cara lah. Yang pasti apa cara pun kita buat biar sedap di tekak he he..

Saya buat puding caramel ikut buku resepi je tak belajar ngan sesapa pun. Kaedah cuba jaya namanya ha ha..ye lah tgk buku tgk internet then cuba try test. Resepi ni nak kata marbeless sesangat tu idok le tapi kalau yang tak pernah try boleh la try sangat mudah. Cuma perlu tau teknik buat gula hangus kalau tidak bukan gula hangus gula hangit jadinya nanti :)

Bahan Gula hangus
5 sudu gula (resepi asal 3 sudu gula)  saya suka kuah gula jadi banyak so saya lebihkan gula. Masak gula ni atas api sederhana sampai cair. Bila nampak dah kekuning-kuningan dan likat kecilkan api dan masuk sedikit air. Yang ni kena hati-hati sebab memercik bila kita campurkan air ngan gula tengah panas tu. Kenapa kita campur air? Supaya gula hangus yang kita buat tak mengeras atau lekat di periuk. Dulu pun saya tak tau petua ni. Bila saya buat gula hangus kena cepat2 tuang dlm loyang tuang je terus lekat jadi keras kematu dlm loyang tu. Saya jumpa petua campur air ni dalam internet. So mmg kira ok lah lepas campur air tu.

Bahan puding
5 biji telur campur dengan  1 tin susu cair, 1 sudu kecil esen vanilla 2 sudu gula (kadang saya letak 1 sudu je) ikut tekak masing2. Saya takmo letak byk gula sebab gula hangus tu dah manis so taknak la semuanya manis. Pukul sikit2 je jangan pulak pukul sampai gebu kang lain pulak jadinya. Pastu tuang dalam loyang yang ada gula hangus tadi. Masukkan marjerin setengah sudu besar. Ready untuk di kukus. Kukus la dalam 15-20 minit. 

Gitu je lah cara buat puding caramel. Terbaru saya try resepi ni klu 5 bj telur tu 2 daripadanya ambik kuning saje dan masukkan sedikit air dlm 100ml gitu ke dalam adunan telur dan susu ni. Bila saya try kaedah ni adunan tu jadi lebih soft berbanding resepi asal saya tu. Ada jgk yg masukkan tepung jagung@kastard tp saya tak berani lagi nak try sbb resepi yg saya guna ni pun ok dah rasanya :)


No comments: