Friday, July 12, 2013

Insaf nak berdiet - tak tau la berapa lama

Saya ni macam wanita-wanita lain la suka beno ngan perkataan diet, kurus, maintain dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Jadi bila heboh org@kawan@jiran cuba sesuatu produk saya pun cuba. Ada jgk yang saya cuba senyap2 je tak citer kat kawan-kawan pun he he konon nak bg kejutan la kan. Kot kawan-kawan@jiran-jiran saya yg tag line memasing tu sharing is caring akan tersuprise la sgt tgk diriku yg rampingkan. Tapi entah la kenapa tiap kali makan atau nak amalkan benda2 berdiet ni ada je kejadian yang menyebabkan saya terberhenti di situ.

Masa orang heboh khasiat acai berri saya pun try. Beli secara online saya tgk ada status halal status ori bagai siap bandingkan kalau yg fake camne. Telan je pil pertama hari pertama tu jugak saya rasa haus yang terlampau2 minum tak berhenti dan..ke toilet pun tak behenti la jadinya kan. Saya bertahan je sbb tau mmg ni effect dia. Hari kedua dan seterusnya mmg cam gitu lah. Selera makan mmg takde langsung sampai ke petang takde seleranya. Cuma saya je fikir tak bagus klu tak masuk makanan langsung so saya bg jgk la tekak ni makan wpun tak selera. Lepas tu tau apa jadi? Saya baru makan 12 biji saya dah boleh pakai semula baju yang agak2 sendat sebelum ni. Seluar pun kat pinggang dah loose. Wah hebat betul ni!. Cuma saya rasa tak sedap hati sbb jantung saya cam pam terlalu laju. Dah jadi macam berdebar2 je hari-hari. Teringat pulak abah mmg ada sakit jantung dan ada sedara mara yg meninggal mengejut serangan jantung. Jadi saya fikir kang tak pasal2 nak kurus jalan terus pulak. So saya stop. Seminggu lepas saya stop heboh keluar laporan dalam surat khabar bahaya acai berri yg dlm kapsul tu siap keluar gambar botol brand yg bahaya tu..so termasuk la yang saya makan. Ermm..nasib la aku insap awal he he.

Then biasa la mana pernah serik. Nak pulak org2 yg rapat ngan kita dah makan pil2 ni tgk diorang kurus je dlm hati kata ok kot try je lah. So saya pun try lagi satu pil. Bila makan takde la rasa haus seteruk mkn acai berri dulu. Tp selera makan mmg takde. Kalau nak makan jenuh fikir apa la makanan nak bg masuk dlm perut ni takde selera langsung. Baru je makan 4 hari en suami ajak balik kampung. Nak balik kg long distance mmg takleh la makan pil tu kang bukan takat 7 perhentian berpuluh hentian nak kena berhenti  ke toilet.. So saya stop makan pil tu sepanjang kat kg (dlm 5 hari). Lagi pun kat kg cam biasa la mentua saya rajin bawa saya gi makan kenduri malu pulak nak tumpang toilet rumah orang kan. So balik kl ingat nak makan tp saya demam la pulak. Ntah nape demam kali ni cam teruk la di tambah dengan takde seleranya tp haus masih ada. Jadi badan tak larat sbb tak makan tp air masih minum byk dan asyik ke toilet argghh tension pulak rasanya. Saya demam banyak hari jugak. Dalam seminggu lepas demam tu saya sambung makan pil semula tapi tak lama sbbnya saya demam semula. Dalam hati saya nak marah dah kat pil ni sbb mungkin saya tak tahan kot makan pil ni tu yg demam je. Tapi demam ni pun saya rasa lagi teruk dari yg sebelumnya in fact saya blh katakan saya tak pernah kena demam seteruk ini. Then bila check patut la saya kena denggi!!

Tapi kat sini bukan la nak cite pasal demam denggi saya tu cuma kesan dari tu menginsafkan saya jap pasal2 diet. Saya cam dapat rasa Allah kata nak sangat kuruskan diet2 sangat takmo makan nah ambik ko...Sepanjang kena denggi tekak saya tak boleh nak masuk makanan langsung. Dengan takde seleranya haus yang menjadi2 dan asyik ke toilet. Saya rasa sangat terseksa sbb badan lemah makanan tak masuk dalam badan. Habis kuat pagi2 saya paksa masuk la secubit roti. Tengahari nasi sesudu boleh la. Semuanya terasa pahit yg amat sangat. Sampaikan mak saya kirim bubur kacang, pulut dan rendang, makanan yang sedap2 tu semua saya rasa pahit. Saya cuba makan buah pun pahit. Allahhu Akbar saya sendiri pun terkejut mcm mana saya blh rasa macam tu.

Masa saya terlantar tu saya kata sudahla lepas ni takyah la nak halang-halang selera sendiri makan je lah. Kot nak diet sangat sendiri kontrol. Tak taulah berapa lama saya boleh kontrol ni he he...
Post a Comment