Puasa tahun ni tiba-tiba masuk satu menu baru dalam rumah saya dan terus mengungguli top carta dalam menu harian kami. Gara-gara daging salai ni menu daging dah tersenarai sampai 3-4 kali seminggu. Walhal mmg biasa saya tetapkan menu daging satu kali seminggu je (faktor kesihatan la konon he he). Gara-gara daging ni jugak nasi licin masa bersahur dan yang bestnya en suami yang tak pernah makan nasi selepas berbuka tiba-tiba malam tu minta nasi..herm daging salai punya penangan.
Saya dapat daging salai ni jiran saya yang salaikan. Dia guna daging fresh tu mmg sedap wallah la rasanya. Makan gitu aje pun sodap. Hari pertama daging salai tu sampai dah agak lewat petang. Saya tanya kat jiran saya si Aida tu apa lagi blh buat ngan daging ni selain lomak cili api. Dia kata cicah air asam la kak. Dalam hati saya kata wah bagus ni suami saya suka makan daging cicah ni. Tapi saya tak berapa suka air asam tu sbb ada belacan (sambal belacan aku makan pulak kih kih) saya prefer kicap campur bawang cili api perah asam limau. Bertambah elok la sebab kebetulan saya ada buat sup tulang hari tu. Saya order setengah kilo je daging tu so ambik skit utk buat cicah. Saya dah plan esok nak buat masak lomak cili api. Memang pun masa berbuka makan daging cicah tu anak dara saya dah sebut2 ibu esok daging salai ni buat masak lemak cili api pulak.
So esoknya dengan bekobar2 saya buat masak lemak cili api. Siap menelefon jiran saya tu sbb nak confirm betul ke cara saya buat mana la tau daging salai ni ada teknik lain ke. Cuma saya ni kalau buat lemak cili api saya suka tumis dulu cili api tu sampai agak masak baru masuk santan. Tak tau la ada org buat ke tak stail saya ni. Masuk santan pokek-pokek kata org nogori masa ni belakang kira la kalori ke kolestrol ke bak kata sepupu saya eat now worry later.
So mmg malam tu buka puasa saya terus balun nasi sedap tak terkata. Anak dara saya pun dah ngadap kuetow goreng sepinggan separuh jalan dia tinggal kueteow dia tu makan nasi jgk penyudahnya. End up bersahur pun sama 1st time nasik licin seperiuk...tak cukup sebeno nya sbb saya ada la hajat nak menambah tp tgk2 dah habis. Lomak cili api daging salai tinggal kuah je daging licin. Itu pun kuah saya simpan dalam peti air makan kuah aje ngan nasi pun sodapppp!!!
p/s ; terima kasih banyak2 kat jiran saya Aida dan suami dia en Zaki yang salaikan daging, next order akak tu jgn lupa ye hihi
No comments:
Post a Comment