Saturday, February 28, 2015

Birthday Anak-anak 2014

Tahun lepas punya citer baru nak tayang haha..bukan apa saja nak abadikan kenangan kat sini. Anak-anak dah makin membesar yang sulung tahun 2015 nak masuk 14 yang no 2 13 tahun dan yg kecik 7 tahun. Tapi sambutan hari jadi mmg saya dan suami masih buat.

Saya buat serentak ketiga-tiga nya sebab lahir selang seminggu di bulan Oct dan Nov. Tapi tarikh buat sambutan mmg tak berkenaan ngan sapa punya bday pun biasa saya tunggu lepas tarikh ketiga-tiganya. Tapi ayah diorang ni dh mcm jd rutin kami pada hari tarikh lahir yg betul tu mesti ada potong kek utk bday masing-masing small family celebration. So 3 kali potong kek pastu kita celebrate ngan buat bday party. Tapi saya pun bkn la ada budget besar sangat. Biasa jemput kawan-kawan diorang jiran-jiran dan adik beradik saya ngan suami je. Kawan-kawan luar semua kami tak jemput sbb klu jemput sorang kena jemput semua kan. Jadi to be fair semua saya dan suami tak jemput.

So tahun ni punya tema cam biasa si kecik saya yang minta kakak dia follow je adiknya tu - nasib la kakak tak kisah. Adik nak Frozen katanya ye lah semua giler frozen kan. Yang anak boy saya nak tema lego so layann je lah.




Kek Lego dan Frozen order dari  SD bakery - tq shidah melayan dan memenuhi kerenah anak-anak makyang 



 

  


Happy bday anak-anak ibu dan ayah. Moga hidup kalian sentiasa dipelihara dan dilindungi Allah S.W.T menjadi anak yang soleh dan solehah berjaya di dunia dan akhirat dipanjangkan umur diberkati dengan rezeki yang halal dikurniakan kesihatan yang baik.



Special thanks utk Cik Awe yang sponsor make up utk farhanis. Bukan takat farhanis abis selorong bdk-bdk 2D berderet beratur sua muka Cik Awe conteng. Suka sangat bdk-bdk cuma saya lak ralat tak ambik gambar farhanis ngan kawan-kawan dia yg Cik Awe make up kan tu huhu.



 

Goodie bag tema frozen - bebarang ni saya beli semua kat GM Plaza mmg murah la org kata mampu milik haha tak caya pegi la sendiri beli. Tu plastik bag tu 10 sen je tau satu tp you all kena beli borong lah ala borongnya tu bkn kena beli byk sangat pun kira mmg ok lah 


Yang ni  cam biasa tumpang sekaki hehe dah mmg pun anniversary kami -moga kasih kita hingga ke syurga

Bday belum selesai adik dah bisik tahun depan bday adik nak buat ....

Thursday, February 5, 2015

Maaf bila aku tak sempurna

Seorang teman menulis begini  "aku maafkan kamu kerana itu bisa membuatkan aku bahagia". Dalamkan maksudnya.


Ada apa dengan maaf bolehkah maaf memadam segala kesilapan yang telah kita lakukan. Bolehkah maaf mengembalikan apa yg telah kita rampas. Bisakah maaf memberi bahagia pada semua.

Kadang kita taktau pun perlukah kita minta maaf kenapa kita mohon maaf. Kita minta maaf sebab semua org minta maaf kita copy paste ayat org. Kita tak buat salah apa pun tapi dlm keadaan tertentu perkataan maaf itu keluar dari diri kita. Pelikkan. Ada apa dengan maaf

Sekuat-kuat manusia adalah org yg blh memaafkan kesalahan orang lain terhadapnya. Jadi kita manusia yg kuat jika kita mampu memaafkan kesalahan orang pada kita. Tapi tidak sekadar memaafkan kita juga harus melupakan forgive and forget. Aduh!!! beratnya. Sudah lah harus memaafkan harus pula melupakan - adil ke kejam bukan. Bagaimana untuk melupakan andai lukanya terlalu dalam menusuk. Sampai ke hujung nyawa lukanya masih terasa.

Tapi mmg dalam byk hal maaf itu penawar. Ada org perlukan sangat permohonan maaf klr dr pihak lawannya. Sebagai satu tanda kepuasan menunjukkan yang mana benar yg mana salah. Tapi apa penyudahnya. Adakah maaf itu berbaloi dan dpt membina semula apa yg hilang. 

Maaf harus datang dari hati yang ikhlas yang tulus suci dan terbit dari hati yang paling dalam. Hati harus bersih barulah lahirnya maaf yang sempurna. Kalau penuh dengan keladak maaf itu sekadar di bibir di kertas di wall fb atau bertebaran di mana-mana sebagaimana mudahnya maaf itu meluncur keluar dr bibir sebegitu ia hilang.

Kenapa ye tetiba hari ni keluar topik maaf ni. Muhasabah diri saya menyedari terkadang tanpa sedar tutur bicara tingkah laku kita mungkin mengundang pelbagai reaksi. Teman-teman, jiran-jiran adik beradik jauh dekat yg berada disekeliling kita ada kah kita berlaku baik dengan mereka semua.

Ye mungkin kita sudah cuba yg terbaik tetapi mungkin ada lagi sisi lain diri kita yang masih bisa kita perbetul dan perbaiki. Tengoklah diri kita tgk betul betul terkadang ada tabiat buruk yg sukar utk kita kikis. Cubalah perbetul perbaiki mulakan hari ini. Saya menulis utk ingatan diri sendiri saya mohon maaf jika ada yang terasa anggaplah ini demi kebaikan bersama - maaf bila aku tak sempurna

Tuesday, February 3, 2015

Kuih Lapis Resepi Mudah, Sedap dan Cantik


Biasa saya buat kuih lapis guna resepi kat buku alaf 21 tu. Tapi kali ni try resepi kat blog kak Yati Sinar Kehidupanku. Kak Yati kata di dapat resepi ni dari Kak An Periuktanah. Panjang jgk susur galur resepi ni ye tapi yang penting rasanya sedap bahan-bahan pun mudah dan senang bila di potong cantik je kejadiannya. Pada yang suka makan kuih lapis selapis demi selapis ni lah resepi yang dicari. Terima kasih pada tuan punya resepi asal ni.

Untuk makluman selain dari sukatannya yang sangat mudah resepi ni ada kelainan sikit dlm penyediaannya. Nak tau apa kelainannya jom follow resepi ni ye

Bahan-bahan
1. 2 cawan tepung beras
2. 1/2 cawan tepung gandum
3. 1/2 cawan tepung jagung
4. 4 cawan santan (saya guna 2 cawan pekat 2 cawan cair)
5. 1 cawan gula
6.  Pewarna merah dan esen ros - masa saya buat ada sirap je kat umah sirap pun jadi jgk tau
7. garam secubit

Cara-cara
1. Masukkan santan ke dalam periuk tambahkan secubt garam. Menggunakan api kecil panaskan santan kacau selalu dan matikan api bila telah mendidih. Biarkan santan suam-suam kuku.

2.Panaskan air dalam kukus. Pastikan kita isi air yg byk sbb nanti takut asyik mengukus lupa nk tgk air ada lagi ke tak kang tak pasal-pasal berlobang kukus kita

3. Satukan kesemua bahan tepung dan gula.

4. Kemudian tuang santan ke dalam adunan dan kacau adunan sehingga sebati dan tidak berketul-ketul

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu dibiarkan warna asal dan satu lagi masukkan pewarna merah.

6. Bila air kukus telah betul-betul mendidih boleh la mula mengukus. Saya follow Kak Yati tuang warna putih dulu. Berapa byk nak tuang bergantung pada loyang dan senduk yg kita guna. Kalau ikut cara saya saya tuang agak-agak menutupi semua permukaan loyang lebih kurang 2 ke 2.5 senduk bulat saya tu.

7. Kukus dlm agak-agak 4-5 minit kemudian blh la tuang kan lapisan merah pulak. Ikut adunan ni saya dpt 6 lapisan. Lapisan akhir tu kita tambahkan lg pewarna merah skit lagi nak bg kaler dia naik.Dan teruskan mengukus lebih lama sikit dari 5 minit untuk lapisan akhir ni.

Biasa bila saya masak kuih lapis lepas kukus kena tunggu masa yang agak lama jugak baru berani potong. Tapi guna resepi ni tak payah nak tunggu lama. Dlm 15 minit saya try potong dah ok. Kebetulan ada jiran dtg rumah saya pulak takde apa nak jamu. So belasah je lah. Rasanya pun ok sedap padan dengan rupanya yang cantik. Kalau korang nak tgk gambar-gambar yang cantik-cantik blh tgk kat blog Kak Yati. Saya ni yang sebetulnya tak sempat nk ambik gambar tau-tau dh nak licin seloyang. So ni je lah yang ada klu korang nak tgk hehe