Friday, April 4, 2014

Kecelaruan bahasa dalam diri kanak-kanak

Mak aih tajuk ni bombastik je bunyi nya kan..takde lah nak cerita sampai ke tahap global beno. Ni cerita hal domestik je hal anak-anak.

Petang tadi masa I sibuk kat dapo ( sejak takde bibik ni rutin turn 360 degree tu huhu) si kecik asyik memanggil mom, mom, mummy (biasa si kecik ni niru gaya dlm tv ) suruh tukarkan citer upin ipin dia tu. Segala bagai panggilan keluar mom, mummy  last sekali nak tergelak dia panggil cik puan norhayani full name lagi tu haha. Tapi ibunya ni tgh menggoreng pisang pastu tungku sebelah ada pengat pisang mana blh nak tinggalkan  gitu. So saya pun jap jap jerit kat si kecik tu.

Tetiba dengar si kecik panggil abangnya pulak abang tolong la tolong jap. Tapi si abang tu saya faham beno kalau dh ngadap citer fav dia bukan nak dengar sangat hal keliling dia. Tup-tup saya dengar si adik cakap

" hey suami mari lah tolong isteri suami kan kena tolong isteri " 

Apa pulak suami isteri ni. Saya terus tutup api gas. Pergi depan saya tanya 

" adik nape panggil abang suami abang tu bukan suami adik dia abang adik takmo panggil abang suami "

"ibu kan panggil ayah tu abang, ayah tu suami ibu sama la adik pun panggil abang abang tu suami adik la" ...aduss kena la pulak berjela nak menerangkan benda ni kat dia.

Selalu saya kena fikir panjang bila nak jelaskan sesuatu kat dia sebab dia belum pun 6 tahun umurnya. Baru 3 hari lepas tanya  kuota tu apa (ibu umur 16 tahun kot baru tau perkataan kuota ni) sebelum tu tanya yang betul nipis ke tipis ibu jadi ter errr err nak menjawab haha...celaru fikiran ibu nak oi
Post a Comment