Friday, January 9, 2015

Banjir - usaha gigih seorang ayah yang berusia 70 tahun

Ini kisah benar kisah  kegigihan seorang ayah dalam usahanya menyelamatkan barang-barang ketika banjir. Gambar-gambar yang saya paparkan di sini telah diupload oleh adik ipar saya di laman facebook dan mendapat like melebihi 20 ribu. Gambar-gambar ini juga menyebabkan kami dihujani dengan pelbagai komen positif dan negatif dari pembaca. 


Perhatikan peti ais di sebelah belakang katil tu 

 dan gambar ni dah takde kan peti ais tu. Peti ais abah saya naikkan kat atas kabinet dapur kami.

 
 


Yang bergulung-gulung tu karpet. Rumah kampung banyak la karpet tebal-tebal beso-beso ni.

 

 Membaca komen-komen dari pembaca saya terpanggil untuk menjelaskan serba sedikit kekeliruan dan pertanyaan pembaca. Terlebih dahulu saya memohon maaf jika ada mana-mana pihak yang merasakan paparan ini menyinggung hati mangsa-mangsa banjir. Apa yang saya share disini adalah dengan niat dan hati yang ikhlas berkongsi sesuatu yang mungkin di luar kotak pemikiran. Inilah usaha abah saya yang menghargai setiap apa yang ada disekelilingnya.

Untuk pengetahuan semua abah saya merupakan seorang tukang rumah bahasa yang up skit kontraktor hihi.. benar di mata kami 9 beradik anak perempuannya dialah kontraktor. Kebanyakkan rumah di kampung saya adalah hasil usaha ayah saya. Tak kira lah rumah papan rumah batu kecik beso banglo ke itu memang keja abah. Termasuk juga beberapa bangunan di bandar berdekatan Kuala Kangsar dan Sungai Siput.

Rumah kami ni pun asalnya taklah besar mana tapi di tambah dari masa ke semasa. Binaaannya adalah dari batu dan bukan kayu. Sebab ada pembaca yang komen rumah kayu macam ni gantung barang tinggi-tinggi robohlah. Tapi abah saya ni dah dia yang buat rumah dia tau lah bahagian mana yang kuat utk dinaikkan semua barang. So saya nasihatkan pada yg nak ikut cara  ni kena kenal pasti bahagian mana yang kuat di rumah masing-masing. Hanya bahagian hadapan rumah ruang tamu dan bilik yang abah pasangkan siling. Di dapur mmg tkde siling yang ada hanya kayu-kayu alang. Dulu kami bising gak tanya abah taknak pasang siling ke tp abah diam je. Dah jadi gini baru tau nape tak disilingkan kat dapur. Tu lah orang dulu-dulu buat benda semua fikir masa depan.

Semasa dapat tau air naik di Kuala kangsar abah dan mak ada di kl. Diorang mmg selalu kat kl rumah di kampung abah minta anak sedara dia jagakan. So pagi tu penuh dlm whataspp kami gambar-gambar air naik. Paras air yang makin naik merisaukan hati saya. Hasil perbincangan pagi tu jugak kakak saya dan adik berserta suami masing-masing bertolak balik ke kampung bersama mak dan abah. Mujur kami ramai bila ada masalah klu yang ni tak boleh yang lain boleh alhamdulillah.

Sampai je abah mmg tak bertangguh mulakan keja. Kata adik ipar saya masa abah cakap nak naikkan barang semua blurr. Tak logik katil tilam kerusi meja semua tu nak naik nak naik macam mana. Tapi tu lah abah kalau dia kata dia nak buat macam tu dia akan buat sampai jadi. Anak menantu pun ikut je lah. Kata adik ipar saya abah memang ada teknik dia. Katil besar tu abah naikkan bukan berempat bukan bertiga tp berdua je ngan adik ipar!!! Memang saya yakin dh klu mcam tu mesti kena ada teknik yg betul.

So alhamdulillah menjelang petang hari yang sama semua barang-barang besar dpt dinaikkan. Barang macam peti ais abah naikkan kat kabinet batu yang setinggi paras pinggang. Diorang pun tak blh nak lama-lama sangat di kampung sebab takut terperangkap. Mujur jugak ada sorang sedara yang duduk di Bukit Chandan datang menolong malam tu abah mak kakak dan adik saya tido di Bukit Chandan. Semasa melalui pekan Kuala Kangsar air dah segini.


 Ada pembaca yang komen abah saya lebih sayangkan harta benda dari nyawa. Allahhuakkbar!!! selama 41 tahun menjadi anaknya saya tau dalam dan luar abah. Dia seorang yang sangat berfikiran jauh dan merancang setiap apa yang dibuatnya dengan teliti. Dia memang berusaha keras dan gigih dalam setiap apa yang dilakukan dari sekecil-kecil benda hinggalah perkara yang besar. 

Saya masih ingat masa di sek men ada khabar-khabar banjir akan melanda. Abah balik rumah bawak daging dan ikan bilis berkilo2 jugak lah. Mak disuruhnya masak rendang daging kering-kering dan buat sambal bilis. Masak nasi periuk besar kata abah. Nanti kalau kita kena duduk kat pusat penempatan tu taklah lapar makan ikan sardin je sementara nak tunggu bantuan sampai. Abah jugak dah sediakan sampan. Dan sekarang sampan tu abah dah upgrade ada enjin. Masa tu barang rumah tak banyak sangat saya masih ingat saya tolong abah hulur barang naik atas loteng. Memang abah fikir cepat apa yang di nak buat bila kecemasan. Dia fikir dan buat apa yang mampu sedayanya untuk isteri dan anak-anaknya. 

Pada saya apapun kita kena usaha dulu barulah tawakkal. Kalau ditakdirkan banjir naik sampai ke bumbung rumah kami mmglah habis jugak barang-barang ni. Tapi sekurang-kurangnya kita puas hati dah berusaha sehabis daya. Dan Allah memang kasihkan hambanya yang berusaha itu janji Allah.  Alhamdulillah rumah kami masih lagi selamat. Doa dan kata-kata semangat dari semua amat kami hargai. Saya mewakili keluarga besar Encik Mohamed Nor mengucapkan ribuan terima kasih sesungguhnya Kita merancang dan Allah juga merancang dan perancangan Allah itu lah yang sebaik-baiknya.









No comments: