Monday, November 18, 2013

BFF

Saya mulakan dengan menyatakan...

 

"Teman yang baik adalah teman yang membantu bukan membuntu yang sentiasa ada saat semua pergi yang berani menyatakan benar meski pahit untuk ditelan"


Beruntunglah kita kalau kita dikelilingi teman sebegini dan alangkah bagusnya jika kita juga berusaha menjadi teman yang sebegitu. Bukan apa hubungan antara teman akan lebih bermakna jika kedua-duanya saling membantu dan menghormati ikatan yg dibina.

Pasti kita akan berasa sangat bersyukur jika dapat teman yang sentiasa dapat membantu kita tapi dalam masa yang sama jangan pulak kita ambil kesempatan atas budi baik teman kita. Saya rasa kita sendiri boleh beza antara saat kecemasan yang kita perlukan bantuan rakan atau sebaliknya. Kalau dah selalu sangat kecemasannya saya rasa bukan lagi kecemasan tp kawan kita yang cemas sebab asyik-asyik nak bantu kita dia pulak jadi buntu.

Teman yang sentiasa ada saat semua pergi yang menemani suka duka kita - hargailah dia. Jangan hanya kesalahan kecil, silap paham atau cakap-cakap orang kita akhirnya meninggalkan kawan kita. Andai kita rasa kecil hati nak marah atau sebagainya kenang-kenangkan imbas imbau saat sukar kita siapa yang disisi. Takkan tiada rasa sekelumit sayang kita dan terima kasih kita pada dia. Melainkan kita ni masuk kategori spesis tak kenang budi elok sangatla kita buat macam tu. Masa kita susah kawan tu yang tolong kita buat itu ini untuk kita. Bila kita senang sikit kita cari kawan lain untuk berseronok

Dia yang berani menyatakan yang benar adalah teman sejati. Tapi berapa ramai yang sanggup berbuat begitu . Kalau tanya pada saya sendiri makin rapat seseorang dengan kita makin berat hati kita untuk menegur kesilapannya. Kita takut dia terasa dan malu dengan kita. Kita tercari-cari bagaimana cara yang paling sesuai untuk menegur kesilapan BFF kita tu. Terkadang mungkin sampai menggunakan orang ketiga. Tapi klu rakan kita menyatakan yg benar bagaimana reaksi kita. Bolehkah kita menerima dengan berlapang dada atas apa jua teguran nasihat dan kenyataan. Saya rasa beruntunglah kalau kita dapat kawan yang berani menegur kesilapan kita. Belajarlah menerima teguran dan kritikan sebab teguran dan kritikan yg datang dari orang yg paling hampir dengan kita itu datang dari hatinya yang ikhlas yang ingin melihat rakannya berada dilandasan yang betul. Dialah BFF kita now and forever.


Friday, November 15, 2013

Bukan gagal bukan kecewa... tapi kecewa jugaklah

Ntah apa-apa je tajuk entry saya saya hari ni. Sebetulnya saya malas nak layan perasaan saya sekarang ni tp klu tak diluahkan rasa macam telan tak hadam.

Semalam baru je ambik result UPSR anak saya yang sulung. Dia dapat keputusan yang tidak disangka-sangka langsung. Melihat kepada pencapaian semasa dan usaha kerasnya  3A 2B itu sangat-sangat mengecewakannya. Lama dia terdiam (sama seperti saya) tapi cepat-cepat saya tepuk belakangnya dan kata 'takpalah kakak ibu tau kakak dah usaha habis baik dah ini rezeki kakak'... dan selepas itu hanya airmata yang menjadi temannya sepanjang hari. Panggilan tel dr ayahnya segala sms dr makcik-makciknya makan minum drama korea semua tdk menjadi agenda penting lagi dlm hidupnya.

Saya tau ramai yang berpesan jangan letakkan harapan yang tinggi pada anak-anak. Jangan beri tekanan kepada mereka jangan itu jangan ini. Dan kita sebagai ibu bapa hari ni cuba menseimbangkan antara tekanan harapan semangat dan dorongan supaya mereka tidak ketinggalan. Sedari awal saya dan suami cuba meminimumkan aspek-aspek yg boleh memberi tekanan tetapi dalam masa yang sama masih memberi dorongan dan semangat.  Masih segar kali pertama pergi ke sek untuk ambik result exam pertengahan tahun dia saya datang dengan hati berbunga-bunga. Perasan saya dia mesti dapat tak no 1, 2 atau 3. Sebabnya berderet markah 100 dan selebihnya pun 95 ke atas. Tapi bila cikgu hulurkan slip tu berubah muka saya. Dalam hati saya kata kuatnya persaingan markah kurang 5 dr full mark pun tak dapat no 1. Dari situ saya buang sasaran no kedudukan dalam kelas. Bench mark saya adalah diri dia sendiri bukan kawan-kawannya tetapi dlm masa yg sama pastikan dia berada dalam kelas teratas.

Membandingkan anak-anak dengan pencapaian kanak-kanak yang lain mmg tidak disetujui oleh pakar-pakar. Tetapi bagaimana mahu membangkitkan semangat mereka bagaimana mahu menunjukkan contoh yang baik kepada mereka tanpa melukakan hati mereka. Bukan mudah. Anak-anak mereka masih mentah kalau kita lepas begitu saje dengan andaian kita takmau memberi tekanan saya bimbang mereka hilang arah. Mereka harus kita tunjukkan jalan supaya tidak ketinggalan. Zaman sekarang suka atau tidak sebegitu alirannya. Jika anak kita tidak mampu berada di barisan paling hadapan pun setidak-tidaknya sebagai ibu bapa kita kena pastikan mereka bergerak seiring dengan yang lain. Itu lah yang cuba saya laksanakan.

Perjalanan anak-anak kita masih panjang terluka di awalnya memang pedih dan perit. Saya mencari-cari apakah hikmahnya anak saya diuji sebegini. Kata adik saya mungkin sebab anak saya taknak masuk asrama jadi klu dia dpt 5A mesti saya paksa jugak dia masuk asrama.

Buat sementara ini dlm masa terdekat ini adalah hari-hari yang mencabar untuk diri saya. Memujuk dan  memotivasi diri sendiri sebelum berhadapan dengan sang anak . Mengajar diri untuk terima kenyataan yg pada hakikatnya bukan mudah. Sampai satu tahap saya terfikir adakah Allah ingin memberi rasa kecewa pada saya sebab saya sendiri tiada pengalaman begitu. Perjalanan akademik saya mudah selepas straight A masuk boarding school seterusnya masuk U. Bila dikenang-kenang sebegitu makin sayu hati saya...apa-apapun saya bersangka baik dengan Allah pasti ada hikmahnya. Semoga anak saya belajar sesuatu darinya.




Thursday, November 7, 2013

Birthday anak-anak 2013


Banner ni adik Norash Mohd yang buat untuk anak-anak buah dia..tq makteh

Yang ni kek barbie muslimah utk my princess farhana & farhanis & Jufariza anak buah saya didatangkan siap dengan castle nya sekali tq Shalina Aeiril ...jiran depan rumah buatkan klu berminat tgk kat blog Goldentouch resources



 
Yang ni kek minion  isteri kepada 2 pupu saya yang buatkan Norshahidah Dolmat namanya adik kepada pereka fesyen yg meletop2 skrg ni Hatta Dolmat




  
Yang ni kek anak jiran saya tokey kek sama ngan kek barbie anak saya tadi

cantikkan Ms Red ni



Barbie and castle



Goodie beg





 Diorang ni lahir selang seminggu je so buat sekali



 


Ni biasa le mak-mak punya keja suka suki 

Happy birthday untuk anak-anakku semua. Selagi hayat di kandung badan semua ibu & ayah pasti ingin membahagiakan anak-anaknya. Moga kalian menjadi anak yang soleh solehah permata hati di dunia dan akhirat...amin...




Sejauhmana cakap-cakap orang relevan dengan diri kita

 
Dalam hidup bermasyarakat di Malaysia ni saya rasa yang susahnya ada lah menangani cakap-cakap orang terhadap diri kita. Kita jadi serba salah serba tak kena kan nak kena dengar nak kena terima ke nak buat pekak buat dekk je ke. Mungkin ada perkara kita rasa boleh je buat tak tau tapi kalau lama-lama kalau selalu sangat melangau kat telinga kita ni mula la kita rasa semacam kan.

Kadang saya rasa tak paham kenapa ada spesis yang suka melangau ni. Kalau melangau benda baik tu lain. Dah orang buat salah kita yang dekat yang tau mmg wajib menegur. Ni yang jenis benda-benda diluar kawalan contohnya soalan-soalan cepumas seperti

1. nape la kamu ni tak kawin-kawin  umur dh 39 tahun bukannya muda lagi
2. kamu ni gatal sangat dah ke umur baru 19 dah nak kawin
3. kamu ni asyik beranak je tiap -tiap tahun tak makan pil perancang ke
4. bila la kamu nak beranaknya orang lain dah beranak pinak
5. kamu ni nape kurus bebeno makan hati ke
6. kamu ni nape gemuk gedempol jaga le badan tu nanti laki lari
7. kamu ni anak berderet perempuan apa la sialnya
8. anak kamu ni semua lelaki sapa la nak menolong kamu buat keja umah nanti

ni baru sikit je saya senaraikan saya pasti macam-macam soalan yg kita takde jawapan tapi orang suka timbulkan. Saya dah melaluinya. Sebaik tamat universiti saya dh dengar cakap-cakap ha cepat la kawin kamu tu bukannya muda lagi - hello I baru 24 tahun bukannya 42 (cakap dlm hati je lah) . Tapi bila saya cepat je nak bertunang dan tak sampai setahun lepas bertunang saya nak kawin ada jugak cakap laa  baru keja dah nak kawin. Duit gaji sendiri pun belum puas enjoy - so what? suka hati la kan duit gaji kita dah kalau kita rasa kawin tu pun satu cara utk enjoy (memang enjoy pun ha ha) duit gaji apa salahnya.  

Then lepas kawin saya ngan suami decide kami nak berdua-duan dulu he he. Lagipun masa tu ekonomi belum betul-betul kukuh sbb kami grad time ressation. Memang la anak tu rezeki tp rezeki tak kan datang bergolek kan kena usaha kena plan. So it takes about 1 year utk kitaorang "buat anak". Jadinya dalam masa 1 tahun tu desing-desing jugak la telinga ni. Ada yang kata ni kena gi kursus ni kursus camne nak buat anak. Walaupun ayat tu dinyatakan secara gelak-gelak mungkin just for fun tapi cam sakit je telinga ni dengar. Dalam hati masa tu kata nanti la esok ko tengok la aku beranak. Bila saya pregnant anak yang sulung wah semua orang cam bersyukur akhirnya saya pregnant. Dlm hati saya dengan arrogantnya (tak sangka I miss arrogant you ha ha) ckp ni aku plan kalau aku tak plan hari ni kawin esok lusa dah pregnant dah!! He he ni ayat geram sebenarnya saya mmg percaya semua tu ketentuan Allah.

Lepas lahirkan anak sulung girl - yet still another girl in my family. Kenapa saya cakap macam ni sbb mcm pressure skit  keturunan kami takde lelaki semua perempuan dr anak sampai ke cucu. Saya sian sangat2 dengan mak dan abah..see mcm mana cakap-cakap orang memberi kesan pada kita. Padahal saya baru bersalin anak yang sulung masih ada lagi 2,3,4,5,6 chances (mak aih nak beranak sampai 6 kali ke hihi) utk anak lelaki. Tetapi akibat mulut-mulut langau ni tempiasnya mmg cukup kuat. So berbalik pada citer saya lepas bersalin anak sulung abis pantang je baby nak masuk 4 bulan saya pregnant lagi. Aduh masa tu mmg saya sendiri pun terkezut terkujat. Tak bersedia serius tak sangka. Tapi tu lah dah rezeki Allah nak bagi kita terima dengan redha. Cumanya again mulut-mulut terlebih insuran. Dulu time aku tak beranak korang sibuk bising tanya nape tak beranak. Sekarang dari 1 nak jadi 2 sibuk jugak. 

Kalau nak tau dua-dua anak saya bersalin dekat nak puasa jadi bila raya je 2 tahun berturut-turut orang datang umah mak tgk saya dapat baby. Wah sedap la saya jadi bahan kan. Cuma nya nasib saya agak baik yg no 2 saya dapat baby boy pecah tradisi family - alhamdulillah wpun kami kata tak kisah anak lelaki ke perempuan sekurang-kurangnya dapat jugak tgk mak dan abah saya happy dpt cucu lelaki. Itu pun timbul jugak ckp2 bila anak saya tu lambat bebeno blh berjalannya. 1 tahun 4 bulan baru dia blh berjalan lancar. Saya tak kisah pun sbb tau keupayaan baby berbeza-beza unfair nak samakan diorang kakaknya umur 9 bln dh terkedek-kedek berjalan. Mak saya la sedih dan risau masa tu sebab orang kampung kata keluarga kami tak rasi anak lelaki so anak saya tu asyik sakit dan nampak cam lembek je. Geram je dengar nya kan.

Jadi bila dh dapat 2 anak yg ala-ala kembar saya ngan suami kata nak kena fokus kat dua-dua anak saya ni klu tidak sian kakaknya belum sempat manja dh ada adik. So memang kami rehat panjang maksudnya saya la dh ala-ala tutup kilang masa tu. Kena pulak anak saya dua-dua melasak ligatnya jangan cakap. Dalam masa tu ramai menanya anak dah besar taknak tambah ke. So citer cakap orang ni tak habis di situ saje dan saya tau tak kan habis. Dulu takde anak orang tanya ada anak dapat kerap pun orang tanya lama tak beranak pun orang tanya jugak abih camne.

Sebenarnya apapun cakap-cakap orang terhadap diri kita kitalah yang menentukannya. Fikir-fikirkan mana yang boleh pakai mana yang tak boleh pakai. Kadang memang ada betulnya apa yang orang cakap tu. Jangan pulak sampai kita ego kita kata orang tu asyik nak cari salah kita macam la dia tu baik sangat. Tarik nafas dalam-dalam duduk diam-diam renung-renungkan apa yang diperkatakan. Cuma saya rasa kalau soalan-soalan bengong mcm bila nak kawin nape tak dapat anak tu tak payah buang masa  la nak fikir. Lagi difikir lagi sakit hati. Saya kalau boleh orang yang sibuk sangat tanya soalan cam gitu nak bagi tamparan wanita je kat dia. Otak letak kat kepala...kepala lutut tu yg blh keluar ayat mcm tu.

Panjang saya bercerita bukannya apa saya rasa simpati dengan mereka yang menjadi mangsa mulut-mulut longkang ni. Hanya orang yang melaluinya sahaja yang akan lebih memahami. Tapi klu kita letakkan diri kita di tempat mereka dan cuba memahami menyelami isi hati mereka dunia akan lebih aman!

Wednesday, November 6, 2013

Pengawal Bank versus Pegawai Bank

Selepas kes kematian seorang pegawai Ambank ditembak pengawal keselamatan  (dia tak perlu ditembak sampai begitu sekali tembak kat kaki ke tangan ke cukuplah..tapi itu fikiran kita fikiran "orang kita" maksud saya) timbul isu lambakan pekerja warga asing dlm sektor kawalan keselamatan. Tapi kita semua sedia maklum bukan dlm sektor kawalan keselamatan je kat Malaysia ni dah bersepah lambakan pekerja asing. Takde sapa yang boleh menafikan. Setiap kali ada kes-kes jenayah isu ni akan timbul heboh semua orang dari atas sampai lah ke bawah gegak gempita isu ni. Cumanya  tengok je lah lama skit senyap la isu ni dan keadaan akan berjalan seperti biasa semula. Banyak sebab dan punca utamanya sikap kita sendiri.

Sekadar kongsi pengalaman saya dan suami yang menjalankan bisnes dan kerja-kerja kontrak secara kecik-kecilan ni mmg sangat-sangat memerlukan pekerja warga asing. Sebabnya dah memang budak-budak kita taknak buat kerja-kerja yang dia rasa takde kelas, kotor, berpanas atau menggunakan kudrat yang banyak. Pernah suami saya bawak pekerja dari kampung, dia keja 1 (satu) hari je terus taknak keja. Alasannya panas bang saya tak tahan kalau keja dlm aircond ok lah. Very beautiful your face SPM pun result start dari D nak keja dlm aircond - itu kalau saya bahasakan la. Dah orang kampungku jugak terpaksa la senyap kan je. Negara kita ni belum lagi mencapai standard negara-negara maju tapi budaya menjaga imej dan nak bersenang-senang semakin menular. Bab jaga imej gaya stail mesti ada walaupun poket dengan otak sama naik je kosongnya . 

Ye lah mak mentua mana nak terima buat menantu kalau orang tanya keja apa - jadi jaga a.k.a pakguard a.k.a security a.k.a PENGAWAL BANK - PEGAWAI BANK ye anak suka ibu setuju kan. Mesti jugak mak mentua tak kan sampai hati nak tgk anak dia kawin dengan tukang sapu sampah tukang kutip sampah, cuci tandas ataupun tukang kebun. Dan mmg tak terbayang dek mak mentua menantunya hari-hari dok tercongok kat pondok kawalan keselamatan angkat tangan pada kereta yang lalu lalang kat tepi palang pondok jaga tu.  So stigma ni lah yang membelenggu dan menghantui anak-anak muda zaman sekarang. Saya tulis ni bukanlah menyatakan 100% orang kita berfikiran begini tapi dah mmg kenyataannya beginilah Malaysia hari ini.

Seperkara lagi komitment yang diberikan oleh pekerja warga asing berbanding dengan pekerja Malaysia sendiri. Memang perkara ini bila kita bincang agak bias tp dlm hal sektor perkhidmatan yang memerlukan komitment tinggi pekerja warga asing menjadi pilihan berbanding pekerja tempatan. Orang kita meriah dengan kenduri kendara - kawin, bertunang, bersunat, khatam al Quran, cukur jambul, tahlil arwah, kenduri kesyukuran, bday anak, weeding anniversary, kenduri naik haji kenduri balik haji macam-macamlah. Belum lagi sakit pening kematian kereta pancit motor rosak raya puasa raya haji raya cina india iban krismas deepavali segala bagai. Awal tahun dah pulun ambik cuti sakan belum sampai setengah tahun cuti tahun dah habis!!. Time masuk keja jamnya lambat je time balik cepat pulak jamnya kan. Belum lagi cuti berkembar sambung menyambung suka-suka hati ada je lah halnya memanjang macam-macam hal. Dah kita nak kata apa memang orang kita beginilah. Nak tak nak kita harus mengaku kita perlukan tenaga warga asing.

Jadi pada saya lambakan pekerja asing di Malaysia mmg susah nak di atasi makin berakar umbi adalah. Kalau kita tak ambik dari Indonesia contohnya dlm isu pembantu rumah kita dah berangan-angan nak ambik dari negara lain. Orang Malaysia takde de nak keja jadi orang gaji. Pekerja restoran hatta tukang masak restoran pun sapa pegi la intai-intai skit masa ke toilet restoran tu tau la sapa yg tgh dok kelentung kelentang kat dapur tu. Cashier supermarket even sekarang yg jaga kaunter hotel pun pekerja asing so how???