Wednesday, May 13, 2015

Alkisah Candy Buffet tahun 2011

Kali pertama saya buat candy buffet masa anak saya bersunat tahun 2011. Masa tu baru-baru muncul idea konsep ni. Bila tgk balik gambar mcm kelakar pun ada sbb cam daif beno banding dengan sekarang punya stail. Tapi masa tu cam gah jugak la sebab org belum biasa lagi buat and saya buat tu kat kenduri bersunat je bukannya kenduri kawin. Bertambah menarik kakak saya bg idea printkan konon ala-ala duit@kupon bg kat budak-budak so diorang boleh redeem apa barang yg nak di kaunter yang kami sediakan. Memang best dan meriah





Abang kupon kena serbu sampai terpaksa buat announcement adik-adik sapa nak kupon kena beratur leklok depan abang.. yang baju purple jalur2 semua security tu haha



laris tuh sebab budak-budak ramai macam-macam ragam. Setiap kupon boleh redeem 5 barang tp ada yang kata taknak 5 nak 2 je tp yang nak lebih pun ramai haha. Dan yang paling kelakar ada anak jiran p kejar brader aiskrim yg bawa motor tu dan tunjukkan kupon yang dia ada nak beli aiskrim bengang abang aiskrim kih kih kih.

Selepas daripada majlis anak saya ni kat lorong umah saya bila ada buat majlis harijadi ke doa selamat ke suka ler kami buat ala-ala candy buffet ni. Tapi di tambah dengan kudapan lain kek, muffin, kuih-kuih basah kekacang dan macam-macamlah. Saje suka-suka seronok tgk benda-benda dihias cantik. Next saya share kan idea deco kami untuk dessert corner pulak.




No comments: