Wednesday, May 13, 2015

Idea deco dan makan beradap kenduri bersunat

Ni citer lama 2011 nuuu punya citer tapi ntah la tetiba rasa nak abadikan kenangan kat sini. Bukan apa anak boy saya tu pada ketika itu the one and only boy yang family saya ada. Cucu sulung lelaki. Kami kan family perempuan dari mak saya dia 5 beradik perempuan turun ke kami 9 beradik perempuan dan cucu-cucu mak abah saya yang lain pun semua perempuan. So inilah kali pertama kami nak buat kenduri bersunat. Tahap keterujaan tu mmg meluap-luap ler hihi

So majlis mmg saya plan awal-awal baeekk punya planning dalam kepala ni macam-macam ado nak buat tu nak buat ni nak ada tu nak ada ni. Bila saya bgtau jiran-jiran kami nak buat majlis secara gotong royong semua setuju dan bagi kerjasama. Kami ada beberapa siri meeting. Saya rasa mcm org dulu-dulu lak wpun dok kat tgh bando ni. Then ada anak jiran lain yang nak joint. Saya pun rasa ok lah sebab ada la kawan utk anak saya nanti. Dengan adik beradik saya pun kami berbincang tp diorang more to part deco-deco ni. Saya buat list dan bahagi-bahagikan tugas. Alhamdulillah walaupun penat usaha yang sangat berbaloi saya rasa puas hati sangat.





















Terima kasih pada semua yang menjayakan majlis ni. Melihat satu persatu gambar yang dirakamkan memang merupakan kenangan manis tercapailah sudah hajat saya nak mengadakan kenduri berkhatan anak. Mungkin juga menjadi salah satu hajat abah saya sejak dari dulu lagi.

Sekarang masa berlalu macam-macam cara macam-macam gaya kenduri. Apa yang pasti ciptalah kenangan manis dalam hidup kita bersama insan yang kita sayang. Insyaallah yang manis-manis jua akan datang dalam hidup kita..aminnn
Post a Comment