Wednesday, May 13, 2015

Puding Snowy Strawberry

Puding ni secantik semanis seglamour namanya. Saya copy paste resepi dari blog citarasa kak wan. 1st time buat dan terus nak di bagi pada orang. Berani mati ko yani sendiri belum pernah buat rasa pun tak tau macam mana, buat-buat terus nk bg orang kan hihi. Saya tak buat trial pun sebab pepaham le bahan-bahan nak buatnya mahal beli strawberry je dah dkt 30 hengget hehe.


Korang gi lah skodeng blog kak wan tu gambar-gambar dia memang cantik dia buat guna acuan segiempat so lagi menyerlah strawberrynya. Saya guna acuan bulat sebab display stand saya ni bulat tp next time saya nk buat ikut cara kak wan jgk lah.


Fresh strawberry basuh-basuh ngap masuk mulut sedap betul hihi

Ok lah tgk resepinya dulu

Puding Snowy Strawberry

Bahan A

12gm serbuk agar-agar - saya guna 10gm je sebab ms beli ada yg sepaket 25gm tu je so  divide ngan untuk bahan B
100gm gula
500ml susu segar
250ml UHT whip cream
1 sudu teh esen vanila

Bahan B - lapisan strawberry
15gm serbuk agar-agar
400gm strawberry segar + 100ml air (kisar dan tapis)200ml air 
150gm gula
3 bj putih telur

Pewarna merah - saya tambah

Bahan C
Buah strawberry secukupnya utk hiasan potong ikut suka 
  
Cara-cara :


Lapisan susu
1. Satukan serbuk agar-agar, gula dan susu cair kacau hingga larut dan masak hingga mendidih.
2. Padamkan api masukkan whip cream kacau hingga rata. 
3. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian tuang dalam loyang dan biar beku. 1 lagi biarkan dulu di atas dapur api dibuka pada tahap yang paling minima.

Kalau ikut kaedah kak wan lepas tuang lapisan susu dalam loyang baru dia susunkan buah strawberry yang dipotong. Tapi saya cam tak confident nak buat cam gitu takut salah budget susun ntah apa-apa buruk pulak rupa paras puding saya kan. So I susun dulu cam gini hehe



Then baru saya tuang lapisan susu tu



Kemudian buat pulak lapisan strawberry
1. Pukul putih telur hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
2. Masak serbuk agar-agar air dan gula hingga mendidih. Masukkan strawberry yang telah dikisar, kacau-kacau. Saya tambah pewarna merah sebab nampak cam pucat je. Tutup api dan biarkan suam dahulu.
3. Ambik 1 senduk agar-agar suam campurkan ke dlm adunan putih telur tadi sambil putar perlahan-lahan dengan hand mixer. Masukkan baki agar-agar sedikit demi sedikit sambil diputar hingga adunan putih telur dan agar-agar sebati bergauk rata.
4. Tuang ke atas lapisan susu tadi dan biarkan beku (bukan beku sangat tau) nak cepat masuk dlm peti ais sebab jangan lupa kita ada bancuhan agar-agar lapisan susu kat atas api tadi kang beku keras pulak hehe.
5. So bila nampak dah agak-agak beku kenyal-kenyal gitu ambik baki agar-agar susu tadi tu tuang ke atas lapisan strawberry.


So dah siap biarkan agar-agar didalam peti ais enak dimakan dingin-dingin dong



Saya bagi ni ke jiran saya yang buat majlis wedding anak dia. Actually saya ngan jiran yang lain tolong set up kan dessert corner utk majlis tu. Saya buat 2 puding satu lagi puding caramel ni ha


Tayang sket dessert corner kami



Yang ni set up awal belum letak food..nanti lah saya free saya update gambar-gambarnya yang manis-manis gitu
Post a Comment