Friday, June 14, 2013

Perkahwinan; Bagaimana boleh serasi

Masa Irma Hasmee kawin ada wartawan tanya kenapa dia memilih suaminya itu menjadi teman hidup. Spontan Irma jawab mana ada saya pilih Allah yg bagi... Oh so sweet jawapannya. Saya kira jawapan yang paling bijak keluar dari mulut seorang artis.

Memang soalan tu klise dan oleh itu kita pun akan dapat jawapan yang klise...saya memilih dia kerana dia penyayang, romantik, kacak, kelakar ataupun kerana matanya yang bundar, lemah lembut, manja,sopan santun bla..bla..bla..tetapi hakikatnya sebuah perkahwinan memerlukan lebih dari itu. Alasan-alasan penyayang romantik semua tu hanyalah beberapa peratus sahaja yang menyumbang kepada kebahagian rumahtangga. Yang kita nampak pada dasarnya adalah yang baik-baik sahaja ketika itu. Semua orang boleh menerima dan suka kepada kebaikan, kelebihan, kekuatan yang ada pada seseorang. Itu lumrah alam- no doubt! Bagaimana pulak dengan kelemahan dan  kekurangan siapa yang sanggup@bersedia menerimanya?

Perkahwinan satu ikatan yang unik anugerah Allah yang tak ternilai kepada hambanya. Kita menerima jodoh yang telah ditentukan oleh Allah untuk kita. Ye mungkin pada awalnya kita masing-masing suka dengan pasangan kerana dia memenuhi citarasa@kriteria yang kita tetapkan. Masa tu kita rasa serasi sangatlah. Tapi lama kelamaan bila masing-masing dah keluar true color terbit pulak rasa menyesal, tak sangka ataupun lebih teruk lagi terasa salah pilih. Hal ini tidak hanya melibatkan perkara besar perkara remeh temeh cara picit ubat gigi, tak sidai tuala lepas mandi, tak masukkan kain kotor dalam laundry basket, tak tutup lampu bilik air dan sebagainya semuanya sakit di mata sakit di hati kita memandangnya.


Pada saya keserasian dan kebahagiaan dalam rumahtangga adalah apabila kita sanggup menerima kelemahan dan kekurangan pasangan kita seadaanya. Kalau setakat kita menerima yang baik-baik sahaja dari dia, dia bukanlah suami@isteri kita dia adalah mereka yang berlegar disekeliling kita yang boleh datang dan pergi dalam hidup kita begitu sahaja. Tetapi suami@isteri adalah orang yang akan menghuni di hati kita  rakan kongsi yang akan bersama dengan kita sehingga ke hujung nyawa. Setiap kelemahan dan kekurangan darinya tidak kita jadikan satu isu yang besar malahan kita bersama-sama cuba mengatasinya. Kalau kekurangannya itu menjadi punca kepada ketidakbahagiaan kita carilah bagaimana untuk mencipta bahagia dengan cara lain. Jangan menggunakan kekurangan pasangan untuk "membunuh" jiwa dan semangatnya. Sebaliknya jadikan kekurangan itu untuk lebih mengeratkan lagi kasih sayang dan keserasian dalam hubungan kita.

Walau bagaimanapun kita tidak harus mengambil kesempatan atas kebaikan pasangan menerima kelemahan dan kekurangan kita. Jika memang kita buat salah atas kekurangan kita fikirkanlah cara untuk mengatasinya. Saya seorang yang pelupa dan sedikit cuai (kalo dah hilangkan barang kemas tinggalkan jam dlm tandas R&R pemberian suami bkn sedikit la kan mmg cuai). Kalau balik kampung ada-ada saja barang yang akan tinggal. Setakat baju seluar itu saya rasa biasa tetapi saya akan lupa benda-benda yang terlalu penting seperti handbag saya sendiri! Dua kali saya tertinggal handbag. Kali pertama saya hanya sedar saya tak bawa handbag bila saya dah sampai ke rumah ibu mertuaku nun di Kedah sana. Kali kedua on the way balik dari kedah ke kl saya mmg tak sedar langsung mertua saya yang tel bgtau handbag tinggal masa tu kami dah sampai Sungai Petani. Terpaksa la patah balik.

Saya juga pernah terlupa bawak baju raya suami saya. Kejadian ni berlaku di rumah ibu mertuaku. Memang performance saya out la di mata mak mentua saya kan boleh tinggal pulak baju anak dia time raya lagi tu.  Masa tu saya rasa sangat-sangat marah dan tertekan dengan diri sendiri. Lama saya mengurung diri dlm bilik tak tau nak buat apa sebab dah pagi raya time tu suami saya tgh mandi dia habis mandi mesti nak baju nak pergi sembahyang raya. Saya pulak selalunya tiap tahun mesti iron baju awal tp dah nak terkena kan pagi tu baru sibuk nak iron tau2 baju tinggal.

Tapi ajaibnya suami saya tak marah langsung saya tunggu jugak dia nak cakap apa, nak mengamuk ke nak bebel ke saya redho je lah. Bila saya bagitau baju tinggal dia terus panggil mak dia dalam hati saya kata habis la dia mengadu kat mak dia. Rupa2 nya dia tanya ada tak baju melayu lama yang boleh dia pakai. Mak mentua saya bongkar almari dan jumpa sehelai baju yg patutnya warna putih tp dah kekuning-kuningan. Saya terus iron baju tu dgn perasaan yang bercampur baur marah, kesal, malu, sedih tiba-tiba br perasan ada koyak kat tepi baju tu. Saya bgtau suami dan nak jahit baju tu. Dia kata takpayah, dia cari pin dia sendiri pin baju tu dari dalam dan terus pakai. Ayat dia masa tu "ok la ni". Saya dapat rasakan dia takmau saya terlalu rasa bersalah. Memang dia sangat menjaga hati saya itu saya tau.

Tapi sampai sudah sampai ke hari ini dia tak pernah ungkit2 hal ini atau mengutuk saya ke apa ke. Malah lepas kejadian tu ada jgk lg saya tertinggal barang2 penting dia. Dia cuma gelak2 dan ada yang jadi bahan kelakar rahsia kami berdua je. Saya ambik langkah saya minta suami saya sendiri masukkan baju2nya ke dalam beg setiap kali kami nak balik kg atau bercuti. Kalau bawa sekali berhanger dia yang masukkan terus ke dlm kereta kalau suruh saya alamat baju ada seluar takde dan macam2 lagi. Saya bukan nak mengelak tp saya tak mau kejadian sama berulang dan menyusahkan suami saya. Dia pun tak kisah dan terima cadangan saya tu. 

Saya rasa bersyukur si dia menerima kekurangan dan kelemahan saya seadanya. Terlalu banyak kejadian yg melibatkan sikap lupa saya yang menyusahkan suami tetapi sabar dan toleransinya menjadikan kami semakin serasi. 

2 comments:

Cik Sar said...

so suwett abang Lan ni..

Unknown said...

suwett@sabar sar