Bila kita bekerja di bawah orang lain kadang-kadang ada keadaan jadi serba tak kena. Sebagai pekerja terutama kalau kita baru je dapat kerja tu mesti la kita ada rasa nak buktikan kita pun boleh buat sesuatu. Malah mungkin apa yang kita buat tu dapat menambah baik atau lebih baik dari keadaan asal. Itu yang kita rasa la kan. Tapi boss kita tu dia rasa ke apa yang kita rasa??
Saya ingat lagi masa saya mengajar kat sebuah "prebet school". Cikgu-cikgu taklah ramai tapi ada yang otai-otai yang dah lama kat situ. Yang muda-muda agak2 fresh macam saya ni ada la 3@4 orang. Jadi diorang dah biasa apa-apa program berjalan dengan cara yang sama dari dulu kini dan selamanya lah kot.
Ada sekali tu pengetua sekolah panggil saya masuk bilik dia dan minta saya jalankan pertandingan kuiz sejarah sempena bulan kemerdekaan. Walaupun masih baru kat sekolah tu saya terima tanggungjawab tu. Lagi pun kat tempat kerja lama saya dulu saya pernah duduk bersama dengan team yang handle pertandingan kuiz state level even national level pun ada. So apalah sangat pertandingan kat sek je kan hik hik..
Pengetua bagi saya satu set macam kertas kerja ke apa ntah saya pun tak berapa ingat tapi bila saya belek2 baca saya cam tak puas hati dengan cara kuiz dijalankan. Tak berapa kemas format pembahagian soalan tak jelas, tak ada alat bantu mengajar yang digunakan untuk menarik perhatian, kaedah pemarkahan juga tidak diterangkan dengan teliti dan peraturan-peraturan kuiz sangat simple boleh mengundang bias. Kata cikgu-cikgu yang ada kat situ nanti sapa yang jadi juri diorang decide la nak buat macam mana. Kata saya (dalam hati je la) amboi senangnya korang buat kuiz. Dah kalau garis panduan takde nanti juri-juri gaduh depan anak murid sapa yang malu.
So dengan berkobar-kobarnya saya pun merangka merombak apa yang saya rasa patut. Tak la saya buang semua apa yang pengetua bagi. Siap saya buatkan set-set soalan dan kaedah pemarkahannya. Detail jugak saya terangkan perjalanan kuiz dari mula sampai akhir. Termasuk jugak saya tunjukkan apa props yang saya pakai. Antaranya kipas tangan yg saya ubahsuai saya tampalkan markah yg diberi oleh juri ke atas setiap soalan yang di jawab oleh pelajar. Takdelah cikgu-cikgu kena bersuara bgtau berapa markah setiap kali pelajar jawab. Memadai angkat dan tunjukkan berapa markah dan markah akan dibaca oleh pengurusi majlis. Soalan-soalan pun saya rangka ada yang menggunakan overhead projector ada yang menggunakan rakaman suara semua tu untuk menarik minat pelajar. Maklum la sejarah subjek yang dry untuk pelajar terutama anak2 mat salleh celup kat prebet school ni kan pandang sebelah mata pun belum tentu.
Tapi tuan-tuan puan-puan tau apa jadi. Pengetua bengang ngan saya dia kata dia suruh saya conduct kuiz tu bukan ubah semuanya ikut suka hati saya huhu...Hancur hati ku jadi keping-keping ketika itu. Bila pengetua tak suka saya pun jadi serba salah. Tapi dia tak cakap direct ngan saya dia pi cakap ngan cikgu senior favorite dia tu. Nasib baik la cikgu senior ni bukan mami jarum punya orang. Cikgu ni bgtau kat pengetua pengalaman saya kat tempat kerja lama macam mana. Lepas tu ada la 2@3 kali pengetua panggil saya masuk bilik discuss lagi pasal kuiz ni. Saya pun tak pasti dia ni suka ke tak ngan apa yg saya buat tp dalam dok discuss2 tu mmg cam on la cara yang saya bagi tu.
Akhirnya on jugak la kuiz tu ikut cara yang saya cadangkan tu. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...cuma pengetua tak datang langsung tgk kuiz tu. Kecik hati saya tau tp saya fikir entah-entah dia tak sanggup nak tgk macam mana bestnya kuiz tu berbanding dulu kih kih kih...
Apapun sekarang bila dah kerja sendiri dan ada pekerja saya dapat rasakan apa perasaan menjadi boss (boss kecik la bukan boss besar he he). Saya bukan tak suka pekerja tunjuk pandai tapi saya tak suka@pantang saya pekerja memandai-mandai. Tapi kalau yang memang tabiat dia suka memandai-mandai ni memang tak serik la. Orang dah bagitau buat macam ni memandai-mandai buat kot lain hishhhh!!!
No comments:
Post a Comment